Tuesday 20 September 2011

Oreo Cheese with AI 11

Selamat Malam Sayang - RD *

Malam ni, rasa hati Qalisha memang bercampur-baur macam adunan kek batik yang tak jadi.Entah.Dengan baju yang super-super-selekeh.Okay.yang tu tak kisah sangatlah kan.Apa yang penting, malam ni, malam terakhir Qarl Adam kat sini.Esok pagi, Qarl Adam dah kena balik Kuala Lumpur.Esok pagi,Qarl Adam akan tinggalkan Johor.Jadinya, Adam akan tinggalkan Qalisha kat Johor.

Tapi, kalau betullah, dalam hati ni tak ada apa-apa perasaan pun, kenapa rasa sedih tiba-tiba? kenapa macam tak mahu pun Qarl Adam tu balik rumah asal-tempat-bernaung dia?Rasa macam bila kenal Qarl Adam, banyak benda jadi kacau bilau.Qarl Adam tiba-tiba datang tanpa sebab, dan akan pergi macam tu je.Macam mimpi jadi cinderella dalam satu malam.

"Qalish.Aku cakap dengan hang dari tadi buat tak tahu je dia ni tau.Haish.Jangan risaulah,Adam takkan hilang,kalau dia hilang, aku yang ready dulu mencemar duli cari dia.Okay?"

"Karin sayang, kalau dia hilang, tak perlu susah-susah mencemar duli nak cari, sebab, aku dengan Adam bukan ada apa-apa pun.Dia bebas je kalau nak pergi atau datang sini.Bila-bila masa dia nak.Bukan ada akta pun yang orang wilayah tak boleh turun selatan.kan? Undang-undang akhirat pun tarra."

"Pasrah je ayat ni ha."

"Ni bukan pasrah.Redha.Bersyukur ke hardat ilahi.tahu?"

"Ya lah, kakak tersayang."

"Banyak kau punya kakak sayang.Ketuk kepala nanti baru tahu"

"Eh, takboleh.Tak comel nanti tauu"

"Okay.Okay.Speechless I tauu"

Dari jauh, Adam melangkah ke arah Karin dan Qalisha sambil tangan membawa tiga plastik air.Wajah tanpa riak Adam,tiba-tiba buat jantung rasa bergendang lagu Siti Nurhaliza.Ke terkejut macam dengar The Rock menguak? Aishh.Makin lama kenal Adam, makin otak aku tak betul.

"Ni kenapa dua-dua muka dah macam kucing hilang anak?"

"Kali ni, kau punya peribahasa betul.Marks for you."

"Aku tanya lain, kau jawab lain.Ketuk nak?"

"Kau dengan Qalish ni, sama je tau.Suka nak ketuk-ketuk kepala aku.Ingat kepala aku ni apa?Angry bird?"

Kalau pun nampak Adam dengan Karin ni, bergaduh, rasa macam dua-dua pun comel.Yang satu suka nak berlagak cool, yang satu lagi, suka nak meninggi diri macam dia tu, tinggi melangit sangat.Eh.Adam pun boleh jadi comel tahu!

"Ni, pandang-pandang Adam senyum-senyum dah kenapa?Tahulah Adam ni comel-sweet-handsome -Baik-Awesome-Interesting-kan.Tahulahh."

Nananaa. Kan dah malu! muka rasa macam udang kena masuk microwave dah ni.Merah tak ni ha? Rasa Qalish nak muntah hijau sekarang boleh tak? Malunya!

Tarappapa!

"Maneade.Adam ni ha.Perasan lebih."

Tiba-tiba.Suasana berubah sepi.Sunyi.Satu suara pun tak keluar.Muka masing-masing jadi kelat-payau.

Malaikat lalu kutt.

"Qalish." Adam mulakan bersuara.

"Apa?"

"Muka Qalish merah.Macam itik kena bakar."

Diam lagi.

Dan ketawa pun memecahkan suasana.Yang kononnya tadi, kelam-suram.Kononnya.

"Apa yang salah?"

Adam membalas sambil menggaru kepala yang tak gatal pun.

"Peribahasa han yang salah.Qarl.Mana ada peribahasa itik kena bakar weh.Muka kau yang kena rebus adela.Hahaaa"

"Kurang garam kau Karin."

Adam diam.Qalisha pun mula diam.Dari tadi, malu tak habis-habis.Muka masing-masing dah merah macam kena masuk dalam oven.Suasana yang semakin terang dengan lampu warna-warni pun tak memainkan peranan nak warna-warni kan hati masing-masing.Semua kelam nak tunggu Adam pergi esok.Walaupun, sekarang ni, tepat 9 malam.Dato' Ghani yang awalnya bersama mereka, meninggalkaan mereka lebih awal kerana ada urusan penting di pejabat.
Jadi, lepas makan, menghabiskan masa bertiga di Bandaraya Johor.Suasana, semakin malam, semakin terang dengan lampu neon.Warna-warni.

"Okay.Dah lewat ni, jom.Balik."

Muka Qalish jelas kepenatan.

"Okay.Kejap.Aku call Marchan."

-------------------------------------------------------

Qalisha Ardini, what will you do if you know that I do like you? Everything about you.When the first time I saw you.


-------------------------------------------------------

Qarl Adam, kalau ada jodoh, kita jumpa lagi.Ya? I percaya pada, jodoh tuhan.

-------------------------------------------------------

Haish.Dah lama tak update post.Ailya the writer sedang exam.Jadi, hidup-tonggang-terbalik macam kepala tongga dahhh. >.<

Just want to say, Hai laughing gasses.




No comments:

Post a Comment

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.