Wednesday 29 June 2011

Oreo Cheese with AI 7




"I don't know why I like you.Everytime I ask my heart, they don't even know the answer.MrRD" *Aily's*

Hari minggu, Qalisha bergegas mencapai basikal dan bag sandang disangkut ke bahu.Destinasi utama, Taman.Kawasan tu saja yang tenang.Satu-satunya tempat untuk dia bersendiri.Pondok di tepi gelongsor, dah macam rumah kedua.Rasa bebas.Tenang.


Dah lama tak jumpa Karin,Cerita soal hidup yang tak pernah habis dengan Karin.Haiilah,Qalish, baru dua hari kutt.Hati berkata.Ketawa.

Kelas tambahan dalam setiap hari cuti untuk pertengahan tahun ni, buat hidup jadi tak teratur.Mama dengan ayah,sibuk kerja.Jumpa bila waktu malam.Mama?Masih sebu.beku.Dah bertahun.Qalisha dah lali dengan layanan ‘istimewa’ Mama.


Kelmaren, Karin ada bercerita tentang Qarl Adam.Baiklah-handsomelah-comellah-bertanggungjawablah-pandai menyanyilah-Bijaklah.Apa je yang tak disebut tentang sepupu dia yang seorang tu? Gaya macam buat promosi iklan syampoo je.Tapi, pada Qalisha, typical lelaki yang selalu dia jumpa, berlagak perfect.Tapi sebenarnya perasan sendiri.Konon baik hati,Tapi sebenarnya buaya.Boys always act like he’s own this world.But they’re just being stupid when they always ask about stupid thing they could think.So, how do they becomes the owner of this world? Macam hampeh je!


 Mungkin terlalu paranoid.Tapi, it’s typical.Right?


Lima minit perjalanan ke taman, kaki mula menuntun basikal ke sisi pondok.Tapi..


..ada seorang lelaki dengan cake di atas meja, green-tea dan..note book.Eh, itu bukan note book.Dairi!Haiishh.


Tanpa wajah pun, Qalisha tahu, lelaki tu Adam.Qarl Adam.Yang konon digelar Mr nearly perfect oleh Karin.Haihh mamat ni suka menyibukkan-diri dalam hidup orang tau!


“Ehem.Assalamualaikum Encik Adam.Daulat duli yang manakah buat anda terjun dari langit sampai ke tempat beta bertapa?”


Sudah tiada malu.Mungkin segan, tapi, mamat ni selalunya mulut dia manis.Jadi, being sarcastic memang pilihan utama.


Qarl menoleh ke suara yang memanggilnya,Adam.Suara yang dingin dengan kata-kata masam-kelat-pedas-pahit dalam nada yang bersahaja.


“Duli dari Sultan Mahajanapada, tuanku.Daulat, tuanku.Patik ke sini, mahu berbicara dengan tuanku.Boleh?”


“Andai sekiranya, beta bilang tidak boleh?Adakah tuan hamba akan keluar dari tempat pertapaan beta?Tidak, bukan?”


Qalisha sekadar berbahasa.Dia cuma mahu bersendiri hari ini.Tapi, Si Adam yang satu ni, suka sangat kacau hari yang tenang lagi aman harmoni ni tahu?


Mata dihala ke arah kek Oreo dari Secret Recipe. Budak ni buat pakatan murni dengan si Karin ke hapa sampai tahu makanan dengan air pilihan aku?


“Siapa bagi tahu kau yang aku suka kek Oreo Cheese dengan air green tea ni?”


Qarl dengan muka selamba tanpa riak tidak menjawab.Cuma senyum yang tak hilang dari tadi jadi pemanis pulut.


“Cik Karina yang jadi informer terbaik saya.Puas?”

Qalisha dah rasa macam kena tumbuk dengan lesung batu.Suara Qarl, meski tanpa riak, tetap buat dia malu sendiri.Mesti banyak benda tentang dia yang dah jadi bahan suara-berita antara Qarl dan Karin.
Buku diary biru di sisi meja dicapai.Beg di letakkan di kerusi hadapan Qarl.


“This is mine, right?”


“Yeah.It’s yours.Selalu tinggal diary merata-rata.Kalau saya dah tak ada kat sini nanti, siapa nak simpankan diary ni?Buatnya ada orang jumpa nanti?kan haru?”


Qalisha sedaya upaya buat muka tanpa riak.Perasaan malu diketepikan.


“Allah akan simpankann” Senyum.Kau nak kata apa lagi,Qarl?


“Yeah.”Qarl dah tak tahu nak kata apa.Speechless.


Dua jam berbual dengan Qarl Adam buat Qalisha mula rasa selesa.Selesa macam seorang kawan.Selesa bergelak-ketawa.Qarl Adam memang mulut manis.Tapi, dia tahu macam mana nak maniskan mulut tanpa buat lawak ala budak tak habis sekolah tadika.


Cuma, dia berbahasa kau-aku dengan Si Adam tu.Tapi, Adam tetap dengan Saya-awak yang tak bertukar dari pertama kali berjumpa.


Kek yang Qarl Adam bawa dah habis dimakan.Green-tea dah jadi bahan pencuci mulut.Buku nota dari bag dikeluarkan.Wajah Qalisha bertukar serious.Mata ditumpukan pada helaian nota.


Qarl senyum.


Qalisha tu, bila dia buka buku, bunyi bom kat sebelah pun, dia tak hirau.Tapi, dia akan tetap layan kau kalau kau tak bersuara selagi dia tak pandang kau.Kalau nak jadi kawan dia, Jangan kacau.Buat macam kau nampak papan tanda don’t disturb kat muka dia.Faham?


“Adam, boleh tanya?”


“No sweat.tanyalah.”


“Soalan 7.1 B ni macam mana? Tak faham.Boleh ajar?”


Buku additional mathematics by oxford di halakan ke arah Adam.Pen disua.
Soalan demi soalan.Perbincangan yang tak dirancang.Adam memang pandai-bijak-pintar segala.Additional mathematics dah dibuatnya macam makan coklat sambil pejam mata.Aduhai,Qalisha, sejak bila kau pandai puji lelaki ni?Luar alam betullah!


Aily's-Soryy lambat.Busy sekarang.Makan pun tak lalu.Muka dah kelam semacam.haha





Friday 24 June 2011

Oreo Cheese with AI 6




Petang Selasa.Bosan.Karina dari awal pagi sudah keluar.Katanya, program hari itu sudah penuh dengan jadual harian.Kelas tambahan-Tutorial-kelas malam.Susah belajar di sekolah elit macam tu.Eh,sekolah budak Nerd lah! Haha..

Ingat, bila bosan di rumah sendiri, keluar, dapatlah berbual bergelak dengan Karina.Belajar sama-sama.Sekali? Dalam rumah sebesar ini, dia tinggal sendiri.Melanguk.Buku yang dibaca, ditutup.Bosan.Tiga jam ber ‘dating’ dengan term and law in physic, buat segala macam urat tersimpul.Huh.Tinggal lima bulan saja lagi Adam..

“Adam, mau apa-apa nggak?Kalo mau makan, bibik udah siapin.Tinggal makan aja yah?Mahu air nggak?”

“Takpe bibik.Saya buat sendiri nanti.”Soalan dijawab.Tak endah.Riak bosan jelas tergambar di muka Qarl Adam.

“Kok nggak keluar hari ini? Biasanya ya, kalo Karin, dia bosen, dia ke taman.Coba kamu keluar.Pasti tenang nanti.”Sambung bibik Ani.Prihatin.

“Ya bik.Nanti saya keluar ya?”

Dan hasil pemberitahuan bibik, Qarl kini berjalan sendirian di taman berdekatan kawasan rumah kos sederhana rendah.Dimana?Entah.Motor yang dipinjam dari Pak Seman,pemandu Karin,dibawa tanpa tujuan.

Dan akhirnya,tiba di sini.Jeritan dan ketawa kanak-kanak jelas menggambarkan riak gembira.Pandangan diluaskan.Tanpa sedar, Qarl memandang gadis yang berhampiran dengannya.Senyum.Kelihatan gadis itu sendirian memandang tanpa arah juga.Wajah itu kelihatan tenang.Tanpa riak.Jelas gadis itu tidak perasan akan dirinya diperhatikan.Comel!

Tiba-tiba, gadis itu didekati seorang kanak-kanak.Kanak-kanak itu menghulurkan tangan dan memeluk gadis itu.Mereka saling ketawa.Manis sekali.Mata tak lepas memandang kedua-duanya.Saling berjanji.

Qarl Adam terus-terusan memandang gadis itu.Tanpa mahu menyapanya, tanpa mahu mendekatinya.

Walaupun hati sendiri tahu yang Qarl bukan setakat mahu jadi kawan untuk gadis itu untuk hari ini, atau esok.Tetapi untuk selamanya.Jadi kawan, dan sahabat.Mungkin hati gadis itu sendiri.
Ya.Gadis itu Qalisha Ardini.Satu-satunya perempuan yang buat dia semakin tegar mengejar impian.Untuk 
berjaya dalam hidup.Untuk jadi lelaki yang berbakti.Entah kenapa, Itu janji Qarl pada diri sendiri.Dengan izin Allah,Insyaallah.

Sejak bertemu Qalisha, Qarl dapat rasakan Qalisha bukan perempuan sembarangan.Dia punya adab.Maruah.Juga, pemalu.

Wednesday 22 June 2011

Oreo Cheese with AI 5


I just don't know.Why did I like him.Others always said he's perfect
But, I like him only because of his kindness,Mr Kinda Sweet!- Aily

Taman permainan perumahan kos sederhana randah riuh dengan suara kanak-kanak.Aduhai, kalaulah hidup ni macam hidup kanak-kanak yang tanpa masalah dan segala macam fius di kepala yang berselirat buat kepala berdenyut.Qalisha memandang jauh ke arah seorang kanak-kanak yang menangis.Segera mama kanak-kanak itu memeluknya.Perit.Kelam.Kenapa Mama tidak begitu? Air mata seakan mahu menitis.Merindui saat kecil bersama Nek Cah.Atau lebih tepat, Arwah Nek Aishah.Dahulu, Qalish sememangnya rapat dengan Nek Cah.Sedih-menangis-ketawa semuanya diceritakan bersama Nek Cah.Sekarang? Nek Cah dah tak ada.Tuhan lebih sayangkan dia.Itu kata ayah sewaktu umurnya tujuh tahun.Meski sudah bertahun Nek Cah pergi, seperti semalam saja rasanya dia memeluk wanita itu.

“Oh. I miss being a kid.I miss being so carefree.Like them.

Seperti air yang mengalir laju, kata-kata itu keluar dari mulut Qalisha.Huh.Distract, dear.Kuatlah wahai hati.

“Nek cah, Icha nak beli baju colour biru ya raya tahun ni?Icha tak mau colour merah jambu.Icha tak suka.”
Sambil mengusap kepala Qalisha yang berambut ikal keperangan itu,Nek Cah tersenyum.

“Baik sayang.Nanti kita ke pasar, Nek Cah belikan.Ya? sekarang, kita mengaji dulu.”

“Sayaaaang Nek Cah!”

Nek Cah..Icha rindukan nenek.Icha rindu nak pegang tangan nenek.Icha nak peluk nenek..

Mata anak kecil itu terkebil-kebil memandang Qalisha yang dari tadi asyik memandang setiap gerak lakunya sambil mengesat tubir mata dengan hujung tudung bawal merah jambu.Segera dikeluarkan tisu dari saku seluar.Tangan yang memegang helaian nipis tisu, dihulurkan kepada Qalisha.

Bingung.Pintar sungguh anak ini.Rahmatilah dia ya Allah.

“Adik, Terima kasih ya?”

“Ibu kata, kalau Nampak orang sedih, Kita kena peluk dia.Sometimes, a hug and one big smile will make the crying people laugh.Nak Mira peluk akak?”

Tangan gebu kanak-kanak bernama Mira mencapai bahu Qalisha.Dipeluk erat tubuh Qalisha.Seakan menghulurkan kekuatan yang menipis.Seakan menyalurkan keindahan yang dicari selama ini.

‘Anak kecil ini seperti kuat menghadapi hidup.Tegar.Kenapa aku begitu lemah?Ya Allah.Ampuni aku.Aku tak bersyukur atas segala pemberianmu ini.’

Monolog Qalisha dalam hati.

“Adik ni nama apa?” Senyum terukir.

“Mira.Mira Ilyani binti Zaidi.” Pantas suara kecil itu menjawab.

“Umur berapa?”

“Tujuh tahun.”

“Datang sini dengan siapa?”

“Nenek.Tu..” Tangan dituju ke arah seorang wanita berumur lebih kurang 60-an.Wanita itu tersenyum.

“Kenapa adik tak main dengan kawan-kawan yang lain?” Persoalan yang dari tadi bermain di kepala akhirnya keluar juga.Wajah cerah bermata bulat itu ditenung.Mencari jawapan.

“Nenek kata, Mira tak boleh main kejar-kejar.Nanti Mira kena masuk hospital.”

“Nenek? Ibu Mira mana?”

“Ibu Mira dah takde.Nenek kata, Ibu Mira dekat syurga.Sebab tu tadi Mira peluk akak.Bila akak gembira, Mira dapat pahala.Nanti, Mira dapat masuk syurga.Jumpa Ibu.Mira nak sangat tengok Ibu.”

Lancar.Tanpa riak.Senyum.Kuat.Itu emosi yang dia Nampak pada Anak kecil itu.Masyaallah.

”Mira sakit apa?”

“Entah.Doktor Iman kata, Mira ada HIV.Kadang-kadang,dada Mira sakit, Nenek terus bawa Mira pergi hospital.Bila Mira cakap Mira ada HIV kan kak, budak-budak lain semua tak mahu kawan dengan Mira.Dia orang kata, Mira jijik.”

Jelas riak wajah Qalisha berubah.Bukan geli atau apa, tapi dia tidak menyangka Mira ada dugaan sebesar itu.Anak sekecil dan sepintar Mira punya hidup yang kelam.Suram.Makna apakah ini?

“Mira,Kakak tak kata macam tu pun?Okeylah.Sebab Mira dah Berjaya buat kakak senyum, Kita kawan?”

Tangan dihulurkan.Tanda janji.Kedua-duanya mengukirkan senyuman.Wajah polos keduanya seakan mencari harapan.Tidak pasti.Tapi mungkin.Life ain’t always crime right? It could be tough.But,It’s doesn’t mean that you will close your eyes without smile.

“Nama kakak apa? Kakak cantik lah.Kakak baik.Tak macam budak-budak lain.Suka kata Mira jijik.”
Qalisha tersenyum.Riak wajah sengaja dimaniskan.Memberi kekuatan pada Mira Ilyani.Mungkin.Atau untuk diri sendiri juga?Mungkin.

“Pandailah Mira ni.Nama kakak,Qalisha.Qalisha Ardini.Mira panggil kak Icha je. Special untuk Mira je tau.Orang lain panggil kakak,Qalisha atau Qalish.”

“Kak Icha, Mira sayang kakak.Kakak jangan tinggalkan Mira ya?”

Tangan kecil itu kembali memeluk Qalisha.Seakan masih ada yang menyayangi diri.Seakan tuhan sengaja berikan malaikat kecil ini, agar diri ini tahu.Masih ada yang menyayangi.Masih ada sebab untuk seorang yang bernama Qalisha Ardini ini hidup.Selain memikirkan sikap Mama yang seolah menyalahkan diri atas kematian Arwah Qalish Aidan.Adik Qalisha.Sekarang, semuanya beku.Setiap kata yang keluar dari mulut Mama, seolah tanpa perasaan.Stiff.

Nasib baik, ayah sering saja ada.Tapi ayah tak pernah tahu.Apa rasa hati ini.Hati yang seolah mati dihadapan setiap manusia yang bergelar keluarga.Entah apa silapnya, Qalisha tak pernah tahu.Mak Long Jijah selalu saja ada di rumah.Datang, dan bermacam perkara itu-ini tentang Qalisha yang tidak indah di matanya.

Petang itu, masa dihabiskan bersama Mira Ilyani.Mira Ilyani sememangnya seorang kanak-kanak dari pandangan umum.Tapi, anak pintar itu cerdas.Bijak.Setiap kata yang keluar dari mulutnya, saling buat Qalisha ketawa.Sinar baru kah? Tanpa sedar, Ada mata memandang ketawa dan senyuman mereka.Ada wajah yang tersenyum.Ada hati yang menunggu.Siapa?

Friday 17 June 2011

Oreo Cheese with AI 4




Jari telunjuk diarahkan kepada Qarl.Tiada riak lain, Qarl Cuma senyum.Inilah pertama kali Karin Nampak Qarl Adam yang satu ni, jatuh hati pada perempuan.Haissh, lelaki.Muka je nampak hot.Badan je tough, dalam hati, ada taman bunga.Bunga raya lagi.Ceeith.

“Entah.Pada aku, Qalisha tu Nampak, macam special.” Senyum.Hailah langit, kau ni cantik juga kan?Macam Qalish.Erk?

“Bukan macam.Memang special pun.Kau nak aku cakap kat dia, yang kau suka dia ke?”

“EH.Jangan dulu.Aku nak kenal dia perlahan-lahan.Aku nak kenal dia sebagai kawan dulu.Boleh?”

“Actually kan Qarl.Qalish tu, susah sikit.Kalau dengan perempuan, memang dia friendly nak mati.Tapi bila dengan lelaki, usually dia cepat bosan. Stiff. Ada ja yang dia rasa lelaki tu tak okay, lelaki tu suka ambil tahu hal harian dia lah,Suka tanya soalan bangang lah.Dia susah sikit nak kasi hati dia kat orang.Dah ramai orang tanya aku fasal dia.Cakap dia special so ever lah,nak jadikan matair-lah.Tapi, dia buat dek je.Macam tak ada perasaan.Tu yang susah tu.”

“Sebab tu, aku nak belajar kenal dia.Boleh kau tolong aku?”

“Apa?”

“Aku nak tahu.Fasal dia.Boleh?”

Diam.Minda Karin cuba mencerna memori baru yang diterima dari Qarl Adam. Qarl nak kenal dengan Qalish? Qalisha yang dari dulu sampai sekarang, perempuan yang lurus-bendul-tahap-kronik bila bercakap soal hati dan perasaan.Boleh ke?

“Kau nak kenal dia?”

Mata Qarl dijulingkan.Tangan Qarl mula menarik rambut Karin yang sengaja dibiar lepas.

“Tak.Aku nak kahwin dengan dia kat Siam.Kau ni,cakap Qalisha tu stiff, Yang kau tu pun lembap tak tau.Cakap orang lebih, dia pun serpih sama tak sedar.”

“HOI.Hang ni memang ah.Perosak bahasa Negara bangsa betul!Mana peribahasa hang dok pakai ha?hang ni orang Nepal ka, Vietnam ka? Dok Mesia ni hang pakai passport Antarabangsa eh?Bahasa main sedap nenek-moyang-laki-kakak kau ja.Aku ketuk kepala hang,teruih tak tau cakap Melayu baru hang tau.Aku tahu lah hang ni campuran british sikit-sikit,Tapi bapak hang yang asal memang orang putih pun, bahasa Melayu dia lagi terrer dari hang.Choi!”

Karin bangkit dari kerusi.Kaki mula melangkah ke arah kolam air tempat Qarl berdiri.Merenung bulan purnama.Kuasa Allah.Tiada siapa yang dapat menyangkal.Maha berkuasa,Maha Agung.

“Cik Karina sayang, Hang dari dok bebel kat sini lebih-lebih, baik buatkan aku susu lembu ka,nestum ka,Kari ayam ka,Milo panas ka.Baru ada orang nak masuk meminang.Ni kalau perangai macam pompuan,Sampai tua lah takdak orang nak.Cuba jadi perempuan sikit.”

 Qarl senyum.Sengaja buat temperature darah Karin meningkat secara mendadak.Sengaja buat mulut Karin membebel.Kalau Karin tak ada, tentu hidup ni sunyi.sepi.Karin memang perempuan yang kasar secara luarannya, tapi, Karin tetap seorang perempuan.Yang suka merajuk.Yang suka membebel.Yang comel.Yang manja.Hah.Typical perempuan.

“Incik Qarl Adam,kalau air paip, nak?Kahkah”

Suasana rumah yang sepi,mulai riuh.Tinggal mereka berdua di rumah bersama bibik.Mama dengan papa?Dua-dua sibuk dengan hal masing-masing.Dengan spa, business,mesyuarat,sibuk memanjang.Sampai Karin rasa,dia dengan Qarl dan Qalish lebih rapat dari dengan family sendiri.Semuanya jauh.tak kira kakak,Abang pun sama.Semua pakat nak duduk kat Bandar.Konon nak dekat dengan Kolejlah,universitilah.Alasan menggunung.Bukan Karin tak tahu tiap malam, Kakak dan abangnya pergi melepak,clubbing. Selfish! Sekarang,Karin dah tak kisah itu semua.cukup dengan Qarl dan Qalisha jadi tempat dia ketawa,menangis,berguling.Tak kisah dengan setiap perkara.Bila diri rasa lemah,nak terjatuh, Qalishalah kakak.Qalisha lah Mama.Setiap kali, Qalisha akan ucap benda yang sama,

Distraction is the best thing that you can do right now.Bila dah besar,Kau nak lari sejauh mana,pergi belajar ceruk mana,semua tu dah terletak dekat tangan kau.Sekarang, kau patut fikir,macam mana nak excellent, then dapat sambung belajar tinggi-tinggi.Tapi, bila kau dah kaya,jangan lupa aku ya?Hihi

Tak Qalish.Aku akan ingat kau sampai mati sampai akhir hayat.

“Cik Karina,Hang dah sampai mana?Manchaster?London?Ireland?”

“Dah ah.aku nak tidur.Penat.Kalau layan kau,alamat esok aku jadi beruang panda.Good night pakcik.”
Mata yang dah berkaca cuba dilarikan dari pandangan Qarl.Perkara yang patut dilakukan sekarang,lari dari suasana ni,dan tidur.Yeah.Distraction is th best thing right?

“Hoi.Kau nak tolong aku tak?” Qarl jerit bila nampak Karin mula melangkah laju ke arah tangga.

“Kalau aku rasa kau layak, aku tolong.By the way, esok sambung kau punya story-morry scene tu.Nite.”

“Good night babe.Jangan menangis.Esok jadi panda baru tahu.Tidur elok-elok.Ada apa-apa,missed call je.Pukul tiga pagi pun,aku dengar kau punya luahan-jiwa-rasa tu.Tahu?”

Diam.Sepi.Air mata Karin mulai jatuh.Oh.Rupanya Qarl perasan.Terima kasih Qarl.

Thursday 16 June 2011

Oreo Cheese with AI 3




Suasana bilik yang kelam membawa Karin kepada masa lalu.Kalau dahulu Qarl Adam dan dia tak pernah berinteraksi antara satu sama lain.Apatah lagi nak bertukar cerita,menangis ketawa sama-sama.Pokoknya, memang kontra lah kalau nak bezakan masa lalu dan masa sekarang antara dia dan Qarl.

Kalau dulu, Qarl dengan Karin macam stranger yang berjumpa kat tengah jalan.Cuma berani cakap Hi-hi-bye-bye .Cuma selepas bonda Qarl meninggal,Qarl mula dekat dengan Karin.Mungkin nak hilangkan rasa sunyi yang membawa kepada rindu pada arwah Bonda.Sebab tu sekarang,Setiap kali cuti semester, Qarl akan turun Johor, dan tinggal di rumah Karin.Bosan katanya.

“Ehem.Makcik oi!” ketukan tangan seseorang buat Karin terkejut.Kalau ada heart attack, malam ni juga ada kenduri doa selamat lah kan.

“Oh mak kau! Qarl! Aku tumbuk  nak?” Dah tahap kaki rasa nak bagi flying kick dah ni.Huish.

“Aku tak kisah, sebab, kalau kau bezakan penumbuk kau tu, dengan tangan aku, aku rasa kalau kau tumbuk aku lima puluh enam kali pun, takkan rasa apa.Tangan kau juga yang sakit nanti.”

“Kau nak apa datang dekat bilik aku ni?”

“Jom.”Tangan Karin dicapai.

“Hoi! Sakitlah.Apasal pulak kau tarik tangan aku ni?”

“Aku nak story-morry sikit dengan kau.Nanti, duduk dekat bilik kau, bibik tu ingat aku nak buat apa-apa kta kau pulak.Dahlah bibik tu otak di lain macham sikit.Mana punya bibiklah yang kau curi ha?”

“Dah lah.Kalau kau nak cakap fasal bibik je,baik aku pergi tidur.Ni, mana punya kamus bahasa kau curi jadi story-morry  ni?Kamus Langkasuka ka?Kahkah.”

“Aku nak tanya ni..” Diam.Qarl berdiri di depan kolam ikan sambil mata ditala ke  arah langit.Serius.

“Tanya pasai apa?Hang nak menikahkaa?Hang jangan buat pasai Qarl Adam oii.SPM dulu naa.Haha”Karin ketawa.Dah dapat agak apa yang nak ditanya Qarl.Qarl Adam.Bukan dia baru kenal semalam budak ni, Dah bertahun.Kalau Qarl ni pusing sikit ayat,Tak susah pun nak tahu apa yang ada dalam hati dia.

“Kau dengan bibik sama je rupanya kan?Otak ke laut.Aku nak Tanya fasal er.Qalisha tadi.”

Malu.Tapi, kalau aku tak tanya sekarang, Sampai bila-bila pun dia takkan kenal si Qalisha tu.Dahlah lepas ni sibuk dengan test memanjang kan, Dah takda masa nak Tanya dengan minah kering ni.Kering,kering, Informer aku yang terbaik setakat ni, Karin lah kan.

“Aku dah agak lama dah Qarl..Cepat atau lambat je kau nak tanya fasal Qalish tu.Kau suka dia eh?”


Wednesday 15 June 2011

Oreo Cheese with AI 2





“Tak.Bukan tu. Actually kan, aku ajak cousin aku datang sini sekali.Dia kata dia bosan dekat rumah.Jadi, aku ajaklah dia datang sini.Lagipun, kita berdua je kan?Kau marah tak?”Lembut suara Karin.Macam pijak semut pun tak mati.Itu memang perangai Karin bila dia rasa, tindakannya salah.

Bukan apa, Karin tahu Qalisha tak biasa bila ada manusia comel  berlainan jantina duduk semeja dengan mereka.Dari dulu, Karin tahu itu.Kalau orang yang dikenali, Qalisha biasanya tidak kisah.Tapi, bila berkaitan dengan orang yang dia tak kenal, Sikap paranoid dia datang tiba-tiba.Mungkin sebab dia anak tunggal.Jadi, bila mula-mula bergaul dengan orang yang tak dikenali, rasa kekok.

“Sepupu?Kau tak cakap pun yang sepupu kau datang sini?I mean your house.Mana dia?”

Kepala didongakkan ke arah yang ditunjukkan Karin.Tiba-tiba, Qalisha rasa kulit muka dia berbahang.Merah.

Lelaki yang ditunjuk Karin menghampiri mereka dengan senyuman.Kemas dengan tee coklat muda yang menampakkan susuk tubuh dan Seluar slack biru gelap.Handsome!comel!

“Assalamualaikum.”Lelaki itu menyapa.Kepalanya dihala ke arah Qalisha yang sudah seperti kucing nak beranak.Semuanya serba tidak kena.

“Waalaikumussalam.Qarl.Duduklah.Er,ni Qalisha.Qalish, ni Qarl.Sepupu aku” Suasana sepi dan keadaan Qalisha yang tak senang duduk,serta mata Qarl yang dari tadi tak lepas memandang Qalisha,buat Karin rasa serba salah.Hadoi!

Qarl.Atau nama sebenarnya, Qarl Adam Bin Ahmad Darwin.Tujuh belas tahun juga.Tinggi, tegap.Kalau sekali imbas,Wajah ala-ala Aaron Aziz.Yang comelnya,mulut dia yang macam kucing.Muka  'budak baik’ biasalah kan? Qarl Adam belajar Di Bandaraya besar,Kuala Lumpur.Papa dia dari Scotland, dah 20 tahun menetap di Malaysia selepas kahwin dengan Bondanya. 

“Qarl, yang kau tenung Qalish tu dah kenape?Jangan main-main,Anak dara orang ni tahu?Aku yang kena jawab dengan parents dia nanti.” Karin sengaja bersuara memecahkan suasana sepi antara mereka.Tujuan utama untuk menyiapkan kerja kursus sudah tergendala.

“Mana ada.Nama dia Kalis?Kalis, kita pernah jumpa kan?Yang berlanggar tadi tu.Awakkan?”Sambil garu kepala.Qarl cuba mengigati drama berlanggar sebabak tadi.

Karin yang mendengar panggilan Qarl kepada Qalisha sudah terburai ketawa.Kalis?Ingat kalis air apa?

“Choii.Nama dia, Qalisha.Qalish.Bukan Kalis lah.Telinga berapa tahun kau tak bersihkan haa?”Kepala Qarl disikunya.

Qalisha dari awal sudah jadi batu bersurat.Diam membisu.Mulut dah macam terkunci rapat.Muka?Merah menyala menahan malu.Malu sebab drama depan Wulan Shopping centre antara dia, dan Qarl.Budak campuran yang sudah duduk bersebelahannya.Ibaratnya,Qalisha menjadi main topic perbualan antara Qarl dan Karin.

“Maaf sekali lagi, Er Qalisha.Saya tak sengaja tadi.Maaf ya?” Bila melihat Qalisha diam membisu, Qarl cuba mengubah topik perbualan.

“Ah?er,No.no it’s okay.Saya pun salah. Sorry juga sebab saya tinggalkan awak macam tu je tadi.Awak okay kan?” Gugup.Malu.Semuanya jadi satu.Ingatkan, kisah perlanggaran yang buat semua orang memandang ke arah mereka tadi berakhir macam tu je.Rupanya, mereka berjumpa lagi.Dan mungkin, selepas ini akan ada perjumpaan yang lain.Oh, Ini takdir atau kebetulan? 

“Fine.Kenapa macam aku je yang ketinggalan ni?Korang pernah jumpa eh?Oh dah ada bunga-bunga bertaburan kah ini?Hihi.”

Bila melihat kedua-dua manusia di hadapannya diam membisu, Karin bersuara lagi.Mungkin mereka berdua ni malu-malu kut?

“Okay.Look.Joke je okay.Korang berdua ni serious sangatlah.Sorrylah ya?So, apa cerita ni?Qalish?”
Mata di halakan ke arah Qalisha.Namun bila melihat Qalisha hanya buat muka tidak berperasaan,Mata dihalakan pula ke arah Qarl.

“Actually, tadi masa nak ke sini,Aku dengan Qalisha berlanggar.Habis semua barang Qalisha jatuh.And,I think this is yours Qalisha.”

Buku dengan balutan sampul biru dan ikatan reben biru muda diatasnya dikeluarkan dari bag plastic yang diletakkan di sisi meja.Buku itu dihulurkan kepada Qalisha.Buku bertukar tangan.Qalisha masih berwajah beku.Tanpa senyuman.Tanpa ketawa.Namun,Karin tahu.Qalisha sedaya upaya menyembunyikan kegugupannya.Itu Qalisha.Dan masih Qalisha yang sama seperti pertama kali mereka bertemu dan berkawan.

Perbincangan yang terbantut gara-gara drama sebabak ‘mari berkenalan’ tadi diteruskan.Dengan bantuan Qarl Adam, kerja kursus tersebut akhirnya siap selepas dua jam.Senyuman puas tergambar di wajah masing-masing.Lega.Kerja yang paling melemahkan iman mereka sudah habis akhirnya.Jadi, sekarang boleh focus untuk Peperiksaan percubaan SPM yang bakal berlangsung.Tinggal dua bulan sahaja lagi untuk memenuhkan otak kiri dan kanan dengan segala macam perkara.Dan saat itu,Qalisha dan Karin berharap kalau waktu boleh diberhentikan.Tidak lupa juga dengan Qarl ya!

[Aily]

Sunday 12 June 2011

Teaser : Oreo cheese with AI


Oreo Cheese with AI


Qalisha Ardini Binti Fahmi

'Bukan mahu expose kan diri sangat, Tapi, hanya mahu mengeluarkan rasa hati.Kau tahu?'

Qarl Adam Bin Ahmad Darwin

'Aku mahu dengar suara dia setiap hari, Dia ada hati, hati dia suci.Macam mana aku tak jatuh hati?'

Nur Karina Binti Dato' Ghani

Kau jaga dia baik-baik Qarl.If i know something bad happen to her, Kau orang pertama yang aku cari.Baru kau tahu langit tinggi ke rendah nanti '

Oreo cheese with AI adalah mixed words from Chinese and English.AI maksudnya Love. Mungkin kau akan anggap watak-watak di sini macam Angel. Takpun, macam witch. Tapi kau akan ketawa bila Qalish tersenyum.Kau akan rasa sedih bila Qarl menangis.Tiada madah kata, sebab aku bukan pemadah cinta.Tapi aku seorang manusia yang tak mampu berkata-kata dari jiwa.Hanya tahu menulis rasa dari hati dan minda.

Karin seperti guardian angel untuk Qalisha.Dialah kakak,dialah saudara.dialah hati,dialah jiwa.Karin bukan watak sampingan.Tapi, seorang teman dan sahabat yang punya hati dan mahu mempertahankan sahabatnya setiap kali.Kalau Karin pergi,Qalisha rela jadi sleeping beauty sampai akhir cerita.Karin tiada ganti.Karin ibarat jantung.Andai jantung berhenti,Berakhirlah hayat seorang manusia.

[Ailya]

Oreo Cheese with AI 1




Kaki melangkah laju.Sambil itu, tangan dengan rakus membuka beg sandang warna baby blue untuk mengambil telefon bimbit yang sejak dari tadi berbunyi minta diangkat.Buku yang dipegang dari tadi terasa ingin terlepas.

‘Dashh’. Badan terasa melayang-layang akibat pelanggaran antara dua manusia.Buku-buku yang dipegang dari tadi terlepas dari tangan dan bertaburan di lantai.Telefon bimbit entah kemana.

“Aduh.Habislah buku aku! Haiish dah lambat ni,Habis Karin mengamuk aku lambat sampai.Aaaa..”

“Awak, tak apa-apa kan?Ada luka tak?”Kedengaran suara seorang lelaki betul-betul di telinga kiri.Seperti berbisik kepada si perempuan yang jatuh akibat perlanggaran tadi.Buku-buku yang bertaburan di angkat.

“Nope.Saya tak apa-apa.Maaf. Saya dah lambat ni.Maaf ya.”Bangkit.Sebaik sahaja membetulkan blouse berbunga coklat yang sedikit senget, kaki terus melangkah laju ke arah pintu utama Wulan Shopping Centre tidak jauh dari situ.Destinasi utama,Secret Recipe.Itu janji dia dengan Karin.Mahu siapkan kerja-kerja kursus yang tertunggak gara-gara exam month.


Oh.Perempuan yang berlanggar dengan lelaki tadi, Namanya Qalisha Ardini binti Fahmi.Ada yang panggil dia Qalish,Isha atau Qalisha saja.Umur tujuh belas tahun, masih menuntut di Sekolah Menengah Seri Bayu,Johor.Pelajar, berkulit cerah, bermata separa bulat, bertudung litup.Typical malay girl dalam kemajuan dunia.Tak lupa, lesung pipit pemanis muka.

“Sorry Karin.Aku lambat.Tadi Mama minta pergi pasar sebab Mak Long Jijah nak datang.Well, kau tahu lah kan Mak Long tu.Ada saja yang dia nak suruh mak aku masak kalau datang rumah.Masak itu lah.inilah.”Sambil mengeluarkan alat tulis dan buku nota dari beg sandang, Qalisha bersuara.

“Dah habis kau cakap?Takmau sambung lagi ke?Kau, kalau cakap macam kereta api dari utara nak ke selatan.Laju gila.Tak berlanggar?”Bibir dijuihkan.Mata sengaja dijulingkan.

“Sindir Nampak?Kau nak makan kasut saiz lima ke?Pernah rasa?Kalau tak pernah, aku boleh kasi kau rasa sekali.”Qalisha memandang Karin yang dari tadi tak habis-habis dengan kacang kuda yang dibeli dari Makcik Markonah janda anak lima yang tinggal bersebelahan rumahnya.

Karin yang sememangnya dah terlalu biasa dengan gurauan Qalisha hanya ketawa.Yalah, mana tak biasanya, Berkawan dari tingkatan satu di Sekolah Seri Bayu.Sekolah yang famous dengan gelaran ‘sekolah elit’.Tak pun, ‘Sekolah budak pandai’.Yang biasa dengar, ‘Sekolah budak Nerd’ .Bila dah masuk senior year, Gurauan-gurauan sebegitu, dah jadi makanan ruji mereka setiap hari.

Karin, Atau nama sebenarnya Nur Karina Binti Dato’ Ghani.Kalau Qalisha bertudung litup,Karin lebih selesa melepaskan rambut ikalnya beralun-alun ditiup angin.Mungkin orang sekeliling akan fikir, Karin seorang gadis yang mengamalkan gaya hidup bebas, dengan perwatakannya.Apatah lagi lahir dari keluarga yang berharta.Hakikatnya, Karin adalah seorang teman dan sahabat yang tulus dengan persahabatan mereka.Karin tak pernah membezakan kehidupan dia, dan Qalisha.Malah, Karin kagum dengan Qalisha yang padanya, nearly perfect untuk menjadi perempuan idaman.Wajah lembut Qalisha dengan tudung di kepala tidak membuatkan dia tampak kolot, malah Qalisha tahu adab dan cara untuk berkawan.Tidak kira dengan dia, atau orang disekelilingnya.

Karin bangkit. Rambut yang tampak kusut dibetulkan.


“Qalish, sebenarnya kann..” Dengan muka seperti banduan bersalah, Karin memulakan kata.Tangan yang dari tadi tak habis-habis dengan Kacang kuda, sudah dibersihkan.Tangan Qalisha dipegang.

“Kau ni, macam buat salah dengan aku ja.Ni mesti kau tak bawa barang hiasan tu eh?”Serkap Qalisha.Mata sengaja dibulatkan.