Sunday, 12 June 2011

Oreo Cheese with AI 1




Kaki melangkah laju.Sambil itu, tangan dengan rakus membuka beg sandang warna baby blue untuk mengambil telefon bimbit yang sejak dari tadi berbunyi minta diangkat.Buku yang dipegang dari tadi terasa ingin terlepas.

‘Dashh’. Badan terasa melayang-layang akibat pelanggaran antara dua manusia.Buku-buku yang dipegang dari tadi terlepas dari tangan dan bertaburan di lantai.Telefon bimbit entah kemana.

“Aduh.Habislah buku aku! Haiish dah lambat ni,Habis Karin mengamuk aku lambat sampai.Aaaa..”

“Awak, tak apa-apa kan?Ada luka tak?”Kedengaran suara seorang lelaki betul-betul di telinga kiri.Seperti berbisik kepada si perempuan yang jatuh akibat perlanggaran tadi.Buku-buku yang bertaburan di angkat.

“Nope.Saya tak apa-apa.Maaf. Saya dah lambat ni.Maaf ya.”Bangkit.Sebaik sahaja membetulkan blouse berbunga coklat yang sedikit senget, kaki terus melangkah laju ke arah pintu utama Wulan Shopping Centre tidak jauh dari situ.Destinasi utama,Secret Recipe.Itu janji dia dengan Karin.Mahu siapkan kerja-kerja kursus yang tertunggak gara-gara exam month.


Oh.Perempuan yang berlanggar dengan lelaki tadi, Namanya Qalisha Ardini binti Fahmi.Ada yang panggil dia Qalish,Isha atau Qalisha saja.Umur tujuh belas tahun, masih menuntut di Sekolah Menengah Seri Bayu,Johor.Pelajar, berkulit cerah, bermata separa bulat, bertudung litup.Typical malay girl dalam kemajuan dunia.Tak lupa, lesung pipit pemanis muka.

“Sorry Karin.Aku lambat.Tadi Mama minta pergi pasar sebab Mak Long Jijah nak datang.Well, kau tahu lah kan Mak Long tu.Ada saja yang dia nak suruh mak aku masak kalau datang rumah.Masak itu lah.inilah.”Sambil mengeluarkan alat tulis dan buku nota dari beg sandang, Qalisha bersuara.

“Dah habis kau cakap?Takmau sambung lagi ke?Kau, kalau cakap macam kereta api dari utara nak ke selatan.Laju gila.Tak berlanggar?”Bibir dijuihkan.Mata sengaja dijulingkan.

“Sindir Nampak?Kau nak makan kasut saiz lima ke?Pernah rasa?Kalau tak pernah, aku boleh kasi kau rasa sekali.”Qalisha memandang Karin yang dari tadi tak habis-habis dengan kacang kuda yang dibeli dari Makcik Markonah janda anak lima yang tinggal bersebelahan rumahnya.

Karin yang sememangnya dah terlalu biasa dengan gurauan Qalisha hanya ketawa.Yalah, mana tak biasanya, Berkawan dari tingkatan satu di Sekolah Seri Bayu.Sekolah yang famous dengan gelaran ‘sekolah elit’.Tak pun, ‘Sekolah budak pandai’.Yang biasa dengar, ‘Sekolah budak Nerd’ .Bila dah masuk senior year, Gurauan-gurauan sebegitu, dah jadi makanan ruji mereka setiap hari.

Karin, Atau nama sebenarnya Nur Karina Binti Dato’ Ghani.Kalau Qalisha bertudung litup,Karin lebih selesa melepaskan rambut ikalnya beralun-alun ditiup angin.Mungkin orang sekeliling akan fikir, Karin seorang gadis yang mengamalkan gaya hidup bebas, dengan perwatakannya.Apatah lagi lahir dari keluarga yang berharta.Hakikatnya, Karin adalah seorang teman dan sahabat yang tulus dengan persahabatan mereka.Karin tak pernah membezakan kehidupan dia, dan Qalisha.Malah, Karin kagum dengan Qalisha yang padanya, nearly perfect untuk menjadi perempuan idaman.Wajah lembut Qalisha dengan tudung di kepala tidak membuatkan dia tampak kolot, malah Qalisha tahu adab dan cara untuk berkawan.Tidak kira dengan dia, atau orang disekelilingnya.

Karin bangkit. Rambut yang tampak kusut dibetulkan.


“Qalish, sebenarnya kann..” Dengan muka seperti banduan bersalah, Karin memulakan kata.Tangan yang dari tadi tak habis-habis dengan Kacang kuda, sudah dibersihkan.Tangan Qalisha dipegang.

“Kau ni, macam buat salah dengan aku ja.Ni mesti kau tak bawa barang hiasan tu eh?”Serkap Qalisha.Mata sengaja dibulatkan.

3 comments:

  1. best...

    nasib baik Qalisha tk marah pada org yg langgar dia tu... ;)

    barang apa yg Karin tak bawa..?

    ReplyDelete
  2. Ehm.Wait for the next post yaaa.Hihi =D

    ReplyDelete
  3. eeiii...ske.ske.ske persahaban qalisha & karin. best3x.

    ReplyDelete

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.