Wednesday 14 December 2011

Eternal


SM Tun Ali, Mei,2010
"Kau suka dia?"

Sepi.

Perpustakaan SM Tun Ali sunyi walaupun hampir penuh dengan pelajar. Biasalah, bila dah nak masuk bulan peperiksaan, semua sibuk nak prep dalam library.Katanya, senang nak masuk bila belajar sebab malaikat dihantar khusus untuk terangkan hati dan sebab tu dimudahkan nak belajar. Kalau nak alasan yang lagi jelas, last minute pre-reading memang la macam tu. Agak-agak kalau takde monthly exam yang buat tak cukup jejak nak masukkan segala macam benda dalam kepala, agaknya, library ni terus jadi markas habuk.

"Mar, jawabla.Aku tanya ni.Kau ni la"

Haila.. Yasmin ni la. Aku tengah berbintang-bintang nak hafal kepentingan Angkor Wat dengan candi ni la dia nak tanya soalan tak masuk silibus tu.

"Asal nak tau? sejak bila kau ni suka jaga tepi kain orang ni ha?"

Oxford Fajar Sejarah tingkatan empat ditutup. Pen biru yang dibuat tulis nota diselitkan sebagai penanda.

"Aku kan orang yang paling rapat dengan kau, Aku pun rimas la bila orang tanya kau dengan Khairi tu ada something ke-In a relationship ke, apa.Jadi, aku nak tahu dari mulut kau sendiri jawapan yang jujur-tulus-telus dari hati fasal kau dengan.."

"Khairi? Aku rasa nak ketuk kepala siapa yang buat pokok takda angin tu bergoyang. Nak exam ni la ada je nak buat cerita takda pangkal takda hujung ni."

"Then, the answer is?"

"Focus on your exam even though it's only monthly exam la sayang. Ingat yang tahun depan senior year, sekolah ni dah taraf boarding school. Apa kau nak kena buang kalau result teruk sebab berita macam ni? Come on la."

Oxford sejarah kembali ditatap. Closed the topic.Tolong la..

"Akmar.."

Memang la budak ni dah takkan berhenti. Kenal sangat la dengan Yasmin Halim ni. Bila mulut dia dah tanya soalan, memang takkan puas hati bila jawapan yang dia nak, tak menepati piawaian soalan. Dalam rela ke, paksa ke, memang kena jawab juga soalan tak masuk silibus ni. 

"Kau selalu jawab apa, bila diaorang tanya macam-macam fasal aku?"

 "Aku kata taktau la."

"Habis tu, apa susahnya? Jawab ikut apa yang kau jawab sebelum ni, kan boleh."

"Kau tau apa jawapan jujur-telus dari hati yang aku nak tu kan?"

Aku rasa, sekarang ni la macam nak guna time-warp pergi zaman Parameswara perintah Melaka. Bersoal-jawab dengan Yasmin ni memang buat hidup jadi tonggang-tebalik la jawabnya kalau tak jawab.

"Kau kenal aku dengan Khairi sejak zaman mula-mula masuk sekolah masa tingkatan satu kan, Min? Kalaula aku nak ada 'apa-apa' yang kau kata tu, dah zaman berzaman dah aku end up dengan dia. Tapi, sampai sekarang, kitaorang kawan. Khairi tu dah macam kau. Dia tahu bezakan apa yang aku rasa, luahkan, sampai la bila aku rasa yang hidup aku ni worst sangat, kau dengan dia yang selalu buat aku ketawa balik. Don't you remember that?"

Kan aku dah mula kasi 'pendekatan istimewa dari hati ke hati' dalam library ni la. Tapi, Yasmin mesti nak tanya lagi tu. Haa..

"Tapi kan.."

Betulla aku dah tak sabar. 

"Closed the topic. Aku nak belajar. Esok kalau itu Inche' Faisal buat kuiz, tinggal menganga la nak diri atas kerusi. Tak sanggup la.

At last,

"Happens all the time.Ye la, aku sambung buat equations ni.Tak nak kacau kau la."

Lepas tu, memang la Yasmin buat muka rajuk ayam dia sampai nak pujuk, kena minta Khairi fly belikan dia mee goreng basah 2 kilometer dari asrama. Nasib, Khairi ikut arahan duli yang maha mulia ni. The rest is just, a history.

* * *

"Assalamualaikum sayang"

Mata Akmar dari menatap keratan sudoku dalam Berita Harian, ditala ke arah suara 's a y a n g' tu.

"Waalaikumussalam, sayang-Intan-Kaki payung.."

Dalam masa yang sama, bihun goreng dihulur ke tangan Akmar. Kaki dibawa masuk bawah meja. Mata tak lepas memandang Akmar Hanis yang duduk bertentangan.

"Sampai ke hati nak samakan orang yang sikit punya kacak bergaya ni dengan kaki payung tu."

"Sampai la. Apa ingat muka tu macam Bront Palarae orang kat sini boleh cair ke? Kalau muka macam John Lennon versi potong rambut tu, bolehla nak cair.Tak pun ke, at least mata macam Dude Harlino ke.."

"Ada ke Bront Palarae? Khai ni taraf lagi bergaya dari Randy Pangalila you kata Bront? Cheuu"

Garfu yang separuh penuh dengan bihun dimasukkan ke mulut. Monthly exam baru je selamat tamat untuk budak kelas Biologi. Yasmin yang ambik elektif Lukisan Kejuruteraan masih bertungkus lumus untuk last paper esok sebelum boleh berjimba balik rumah untuk cuti penggal ke-dua.

Sesekali Khairi menyudu garfu ke pinggan Akmar yang tinggal separuh.

"Orang dah belanja ni, tak makan. Sibuk dengan sudoku dia. Makan la. Ke nak kena Khai suap, sayang?"

"Euu. Dahla sayang tu. Orang rasa macam nak keluarkan balik dah bihun ni. Eh, nak dengar cerita tak?"

"Cerita apa? Bed time story zaman mana you curi lagi? Puteri Salju ke cinderella?"

Khairi ketawa.

Ingat orang buat joke ke? Akmar rasa nak ketuk kepala je dengan perangai Khairi ni kadang-kadang la.

"Nak rasa makan sudu tak ni? Betulla, nak cerita ni."

"Awatnya, Mar?"

Garfu dah diletak dalam pinggan yang dah kosong.

"Fasal kita."

"Kita? Woo gossip dari ceruk mana lagi? Lembah Mayu?"

"Entahla. Tapi masa sebelum exam haritu Min tanya I ada orang tanya fasal kita. In a relationship la, apela-bla-bla"

Cool la budak-budak ni! gossip dari mula masuk sekolah masa tingkatan satu, sampai dah nak masuk senior year sikit je lagi, benda yang sama. Tapi betul la. Dah dekat lapan tahun kenal dari darjah empat, sampai masuk boarding school kat ceruk pedalaman yang takde la nak pedalaman sangat dekat hulu Selangor ni. Aku memang tak pernah dekat dengan perempuan lain selain Akmar Hanis.

Tipu la kalau takde orang yang tanya depan-depan fasal dia-Mar. Ayie-Harris-Acap pun sibuk keneng-kenengkan dia dengan budak junior yang famous, Farhana. Bila kata taknak, mula la kata dia dah lama ada 'apa-apa' dengan Mar.
 
Entah tak tau rasa apa, bila dekat dengan Akmar Hanis tu, rasa macam bebas jadi diri sendiri. Nak cerita fasal Malaysia menang lawan Indonesi 5-4 masuk penalti pun, kira layan je. Kalau Mar pun, nak pass surat budak junior dengan bedak-wangi versi budak sekolah rendah pun kira okay.

Biasa je rasa bila buka surat penuh bedak tu baca-gelak sama dengan Mar. Prep pun, kalau Ayie-Harris-Acap ada tutorial malam, dia-Mar 4 Alam dengan Yasmin budak 4 Magma rileks je nak belajar sama dekat pondok depan kantin.

Tapi, betul ke takda langsung rasa 'suka' dengan Akmar Hanis tu? Ada la kut. Sikit.

Banyak kut.

* * *

Masuk penggal akhir, semuanya berjalan macam biasa. Tapi, lepak sikit la bila mana nak belajar-perjumpaan pengawas semua. Kelas private tutorial antara pelajar macam program mantor tu semua dah mula buat persiapan untuk masuk form 5 tahun depan.

"You. Ni nota cloning dari Cik Tasneem. Dia ada mesyuarat PIBG for this two periods. Dia suruh buat review dengan short note fasal cloning ni."

"Serious la orang dah pening ni. Banyak benda dah buat kepala rasa kena buat sauna nak tambah kasi efisien neuron berfungsi la Khai. Eh, ni maksudnya.."

"Esok siap la kena brain wash." Khari dah siap susun satu ayat yang dah biasa pun dengar.

Hailoh! esok kuiz plus brain wash plus tutor lebih lah kalau cloning ni tak excellent. Dah terbayang dah, Cik Tasneem dengan cermin mata oldschool-rambut coklat gelap-skirt separa lutut dia. Kalau kena sound sikit, memang hangus tak sempat letak air la. Mulut laser semacam. Nasib student kat SM Tun Ali ni, manners masih tahap awesome. Kalau kena hantar dekat sekolah yang 'power' hormat dia tinggi tahap giga, taktau la jadi apa.

* * *

Disember, 2011

"Lepas ni, takde la nak jumpa Khai. Makan bihun kantin sama, study sama."

Awan cerah di langit malam jadi tatapan mata. SPM dah selamat tamat untuk biologian. Khai-Mar mula kemas-kemas siap nak bawa semua benda yang jadi sepanjang lima tahun belajar dewasa dalam tempat yang sama ni. Jatuh-bangun-ketawa sama. Yasmin cemburu je bila Akmar mula kemas-kemas semalam.

Tapi, tu la, kalau nak balik pun, minggu depan kena datang untuk majlis Malam Memoir 07/11 yang kira macam last la nak tengok muka masing-masing. Acap-Ayie-Harris yang jadi geng tidur sebantal-makan sepinggan pun masih bertungkus-lumus dengan akaun Isnin depan yang sekali dengan Lukisan Kejuruteraan.

'Ye la, nak tinggalkan kita la tu kat sini.'

'Mana ada. Aku sayang gila kat kau.Roomate-kawan semua sama'

Bila terasa baju kurung cekak musang ditarik, minda mula kembali ke dunia nyata. Masih menatap langit malam, berdua dengan Khairi Danial. Masuk 9 tahun kenal, hati-budi-bicara dah tak kira. Kadang ber-kau-aku. Kadang taram dengan awak-saya.Kadang pun main sebut I- you. Ada je bila bahasa tukar jadi sayang-Intan semua.

"Orang cakap kat sini dia senyum-senyum kat sana. Makruh tau senyum sorang."

"I ingat semalam, Min dah sibuk nak merajuk. Kita dapat balik awal."

"Mar.."

"Ni kenapa gaya kucing gatal ni. Seram aku la. Nak kena side-kick budak tali pinggang biru tae-kwan-do, cuba la jadi miang tebu macam tu."

Tanpa hiraukan sikit pun suara naik satu tangga oktaf Akmar, Khai keluarkan kotak empat segi dari baju melayu.

"Apa ni?"

Kotak bertukar tangan.

"Hadiah? Untuk Akmar ke?"

Senyum dah mula berbunga tambah lagi seri di muka bujur sirih Akmar.

"Tak. Untuk Yasmin."

"Min?"

"Untuk orang kat depan ni la. I ni gentle man, nak kasi hadiah mesti kena face-to-face la."

Lawak la sangat kasi orang hadiah tengah malam.

"Ha ha ha" sengaja ketawa dibuat-buat

"Sindir Khai la tu?"

"Manade, Thanks tau Khai kasi ni.But, for what eh?"

"Saja. suka nak kasi Akmar hadiah."

"Ada ke macam tu.Tapi, ni bukan hadiah 'selamat tinggal' kan?"

"Tak tau la. Alaa agak-agak rindu I, text la. Buka la benda tu.Kalau tak suka, senang, kasi balik."

"Uuuuu r i n d u."

Kotak empat segi dibuka. Ada loket silver huruf-huruf A K M A R. yang dah siap bercantum.

"Terima kasih.For everything. And for, this. Khai" tangan mengangkat cantuman huruf

"Tapi Akmar takde hadiah. Lain kali nak tukar-tukar hadiah, cakap la. Boleh prepare.Sayang juga dia kat kita ni ye?"

Khairi cuma senyum. Tiba-tiba masa last outing sebelum masuk sesi perang masing-masing, ternampak loket tu. Teringat Akmar, lepas tu ringan je tangan beli. Untuk apa, memang tak tau nak kata la.

Untuk kata 'kawan' je, atau untuk someone yang rasa istimewa dalam hati ke, memang tak dapat dipastikan. Dia dengan Akmar memang tak pernah declare apa-apa walaupun orang kata itu-ini. Tapi..

* * *

Malam Memoir 07/11

Setiap persembahan dalam majlis berjalan ikut seperti yang di rancang. Untuk dedikasi terakhir, sebagai majlis penutup, persembahan pelajar berlangsung

Tiba persembahan terakhir, Acap dengan Ayie sebagai pengacara majlis menyebut satu nama yang kedengaran tak jelas di telinga Akmar.

"And now, a song by..."

Tapi bila alunan biola dengan gitar memecah suasana, Akmar mula menangkap satu suara yang memang jelas tak asing lagi

"Okay, today I wanna dedicate this song to you guys, teachers, and special to someone here, Best ever friend, Akmar Hanis"

Kedengaran tepukan para pelajar yang hadir.

Antara sepi dan Abadi 
Hidup ini kan terasa indah bila kau ada disini
Malam hari sepinya malamku
Berhujan di dalam sepi
c/o
Abadikah rasa yang ada
Di saat kau telah pergi

Menjelmalah
ku telah bisa menjemput kau kembali

(ulang c/o)
Mungkin ku kan menangis
Memang takkan ku pernah bisa untuk kembali.
Menjemputmu kembali (twice)

"Betulla buat orang blush macam hapa tau dia ni. Kasi jurus rendang kawah nanti baru tau."

Khairi cuma diam.

"Habis suara dah?"

"Maneade"

"Eley, tiru cara orang cakap."

"Khai nak cakap something ni."

"What?"

"A confession"

"Cakap la"

"Khai..."

"Khai-Mar! jomla, ada photoshot! cepatla"

"Okay.Nantila kita cakap hm?"

Esoknya, tiba masa semua pelajar batch 07-11 tinggalkan asrama. Bas khas sekolah tiba jam 2.00 petang.

"Kau nak tau something?"

"Apela seh?"

"Aku suka Khai." Direct suara Yasmin.

Terasa macam langit nak runtuh kat situ juga.Yasmin-suka-Khairi. S U K A.

Kenapa rasa macam tak rela?

"Kau suka dia?"

"Ye la, nampak gentleman je bila dia treat kau.Kau-dia kawan je kan?"

"A'ah." Perit rasa nak keluarkan satu perkataan je pun pada Yasmin.

"Kau rasa dia suka aku, tak?"

Teringat malam tu,

'Tak, untuk Yasmin' Apakah?

"Kau ni.Kau rasa dia suka aku tak?" Yasmin mendesak

"Mesti la. Kau kan lawa.Kulit cerah.Lembut.Kira macam perfect la untuk dia."

"Tolong cakap boleh? dekat Khai."

* * *

"Min suka kat you"

"Tapi..Khai tak.."

"Tolong accept her.Mar tak sanggup hilang semangat Min."

"Khai sayangkan Akmar Hanis.Bukan Yasmin!"

Terpempan dengan suara Khairi yang memecahkan suasana sepi padang.Jujur, jawapan tu memang dah lama ditunggu. Dan bila malam tu, memang harap Khai beri harapan dan harapan tu jadi kenyataan.Tapi, sekarang dah lain.

"Kenapa, lambat?"

"Khai tak jumpa masa yang sesuai.Malam memoir tu, Khai tak sempat.But. I betul dah sedar yang fasal rasa hati ni."

"Tolong, buat Yasmin happy."

"No! Khai bukan patung! Khai takkan terima kalau tu yang you nak."

"Please. Kalau betul Khai ikhlas katakan sayang tu, end up dengan Min."

"Kenapa?"

"There's no answer for that. Yasmin dengan Mar dah macam adik-beradik.I cuma taknak dia sedih. Just because of this."

"Kalau macam tu, Khai takkan dengan siapa pun. Khai pergi."

Tepat jam 2.00. Tepat semuanya berakhir.

* * *
"What's wrong with me doctor?"

"Tumor.Brain tumor. Phase 3."

"Berapa lama.lagi?"

"1 month."

Nak terduduk bila tahu yang hidup dah tak lama. Sebulan cukup untuk habiskan SPM.Kalaulah tak sempat nak dapat result pun, aku redha Ya Rabb.

* * *
Kalau air mata boleh gantikan semua saat dalam waktu ni, Mar sanggup jadi buta untuk hidup disamping Khai.Tapi, Mar tak dapat kejar impian tu, dengan Khai.Buat Yasmin bahagia.Love her, like how love me.She's the best for you.I know.

I sayangkan you, kawan.Kita kawan, forever.- Akmar Hanis.

"Tu yang Akmar tinggalkan sebelum dia pergi"

"Dia tahu yang dia akan pergi.Dia pasrah.Sebab tu, dia kalah.Khai kesal dengan sikap dia.Terima je dengan keadaan dia."

"Sebab dia sayangkan Khai.Terlalu sayang."

"Macam mana Min tahu?"

Diari yang diukir 'memories' bersampul warna coklat cair bertukar tangan.

"Dia simpan semuanya sendiri.Di situ."

"And. This."

Loket tu, kembali pada  Khairi akhirnya.

'Sayang juga, dia kat kita ye'


Mungkin ku kan menangis
Memang takkan ku pernah bisa untuk kembali.
Menjemputmu kembali


TakdirNya dia pergi.Kerana Yang maha kuasa tu, lebih sayangkan dia dari kita.
let it go, and stay alive.
 Al-Fatihah

Innallaha ma'ana
Ameen


 

Tuesday 13 December 2011

Oreo Cheese with AI 14

Azan subuh kedengaran berkumandang dari masjid berdekatan Pesona Heights.Terasa nyaman dan tenang.Suasana sunyi terasa diisi dengan sesuatu yang bercahaya.Terasa nyaman yang takkan dapat di mana pun.Sekalipun bertapa di puncak kinabalu-Lembah mayu pun takkan dapat nyaman yang terasa macam ni.Indahnya Islam tu, yang bila datang dari dalam diri rasa macam mana iman-cinta-sayang dariNya tu ajar cara untuk hadapi hidup dengan lebih teratur.Mungkin juga,nearly perfect.

Allah Maha Besar
Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah
Aku bersaksi bahawasanya nabi muhammad itu persuruh Allah
Mari bersolat
Mari menuju kejayaan 
Sembahyang itu lebih baik daripada tidur
Allah Maha Besar
Tiada Tuhan selain Allah

Betul la sejak kenal Qalisha, Qarl Adam dah mula tahu macam mana nak dekatkan diri dengan tuhan.Mula beratkan soal solat lima waktu yang dulu kejap buat-kejap tak.Kalau quran dulu nak sentuh, biarlah sampai berhabuk dekat almari lepas khatam sekali masa darjah lima, mula buka-baca  surah Al-Baqarah,Al-Imran dengan surah Maryam.

Bukan lah benda ni terus berubah serta-merta.Entah. Rasa tiba-tiba nak dekatkan diri padaNya tu macam rasa rindu sebab jarang-jarang minta rahmatNya-bersyukur atas nikmatNya.Macam dah jadi ujub-riak-takbur bila hidup bebas dengan lelaki-perempuan tak kisah nak bertepuk-tampar-berguling tanpa rasa berdosa.

Masya'allah.

Ye la, sejak bonda meninggal, Ayah mana la sempat nak ajar itu-ini soal agama lagi.Yang ada bila personal tutor untuk kelas agama yang datang kat rumah, untuk ajar random fasal Islam.Tu pun, masa tu takla jelas sangat fasal Islam tu seadannya.Main taram aci lut aje nak solat ke tak.Setakat tahu asas, then yang wajib-sunat-harus-haram semua.Lepas tu, lepas.

Tapi, bila nampak Qalisha belajar baca doa-makan bismillah-solat ikut waktu, lepas tu nampak tenang je dia walaupun Adam tahu yang dia ada masalah yang buat jiwa jadi gila kalau tak ada rasa sabar.Bukan dia yang luah sendiri, pun bukan Karin yang cerita.In fact, Karin pun takkan la nak cerita benda luar-dalam semua pada Adam. Tapi, mata Qalisha yang seakan 'cerita' hidup yang dia jalani. Redup mata tu, tak pernah Adam jumpa bila tengah kota macam ni.Yang majoriti tak kisah soal halal-haram ni.Sibuk kejar nikmat dunia yang semua pun tahu takkan kekal sampai masuk dalam kubur.

Tapi, hakikat dunia sekarang ni, memang la banyak yang fikir agama tu nombor dua.Duit tu sekarang yang penting. Haila... cakap dengan diri sendiri sekarang ni terasa macam Dr Fadzilah Kamsah kasi motivasi dekat Al-Hidayah la.

Dan sekarang, mula suka nama A d a m dari orang panggil Qarl. Mungkin sebab makna yang tersirat-tersurat tu yang buat nampak lain. Dan jelas la nama 'Adam' tu lebih dekat dengan Islam.

Adam mula menapak ke arah tandas. Wudhu' dimula dengan basmallah.Segala puji bagi Allah pemberi rahmat.Solat subuh disegerakan.Dan doa dipanjatkan agar dipermudahkan urusan dunia-Didekatkan urusan akhirat.

Selepas solat, tangan mencapai handphone di tepi meja katil.Nombor Karin ditekan.Katanya, Qalisha di rumah, dan biasanya kena paksa-rela dengan Qalisha  buat qiyam.Selalu la dengar dia merungut.Entah sah ke tak bila dah bising-bising macam tu.

"Assalamualaikum"

"Yeah bro, sejak bila hang tau bagi salam? selama ni, tak kira aku tengah makan ke, tidur ke, terjah main jerit nama aje kan."

"Jawab la salam dulu, Karin la"

"Waalaikumussalam alaik.Kenapa ni hm call pagi-pagi?"

"Saja.Kita kan nak pergi berperang Tanah Melayu-Langkasuka hari ni"

"Wao! perang Tanah Melayu tu..kitaorang baru habis subuh plus qiyam plus sekali hajat-tahajud.Kesha sihat sempurna tubuh badan.Kau nak tahu tu kan? Alaa cakap je la.Nak main zaman perang Tanah Melayu kut ye pun, sejarah minggu depan la."

"Pastikan kau excellent sejarah.Penat aku turun Johor nak jadi tutor sejarah kau."

"Ellele tukar topik.Ingat aku makan ke dengan topik baru kau tu? Aku makan chiken-chop la"

"Dah la.Layan kau.tambah dosa aku tau dak? Assalamualaikum, kirim salam Kesha."

Telefon dimatikan.Wajah Adam terasa panas.Ni udang kena rebus lagi la ni..

"Qalisha! Adam kirim salam sayang-rindu kat kau!!"

Hari ni hari pertama SPM. Jelas la cuak-sebu semua perasaan tu ada.Rasa macam nak pergi berperang dengan orang Langkasuka pun ada.Cuma beza, biasa orang dolu-dolu berperang pakai pedang-tombak semua.Ni, perang pakai pensel-pen-cerebellum-cerebrum plus, Air. Kertas Bahasa Melayu mula 8.00 pagi, semua berkumpul tepi dewan dengan slip peperiksaan masing-masing.Adam duduk berteleku tepi dewan dengan pegang alatan sambil berdoa atas rahmatNya.

Bukanlah dia cuba dekat dengan tuhan sebab nak periksa atau apa, walaupun tu adalah salah-satu sebab.Tapi, lebih la pada rasa syukur tu sendiri.

"Cool la bro.Lu tu otak cair.Pandai.Chill la."

"Banyak kau punya chill la Adi.Aku taram sekali, kau boleh masuk time-warp nanti sampai zaman Parameswara nanti."

"Manyak sabar la bro, okay la, aku blah"

Kaki melangkah ke arah dewan dengan dimulai selawat ke atas nabi, dengan berharap semuanya lancar-telus dan sempurna.Minta dipermudahkan.Qalisha-Adam-Karin semua minta doa yang sama ; kejayaan.

Yang membawa semua pada impian, yang tak dapat dibeli.Yang untuk kepuasan sendiri dalam meraih cita-cita.Seterusnya, tawakkal is the best thing la.Lepas berjuang, tawakkal yang usaha tu semua, hasilnya indah dan bermakna.Kalaupun bukan untuk orang sekeliling, untuk diri sendiri dan Allah cukupla.

Let your religion influence your culture, not your culture influencing your religion.Islam is enough for you. actually.

[link]

Innallaha ma'ana
Ameen.






































































Saturday 10 December 2011

Oreo Cheese with AI 13

Mangkuk harmie yang panas diletak tepi.Tangan mencapai mug horlics sambil dibawa ke mulut.Mata masih fokus dengan nota Blood Circulation yang dah diringkaskan menjadi notebook kecil warna biru.Kaki tanpa sedar diangkat memeluk tubuh.

Cuti sabtu dan ahad sememangnya tak dilepaskan dari buku.Untuk beberapa bulan ini, kuatlah hati,Kisah Adam masih cuba dilupakan dari merajai hati.

"Eh kau ni, makan la.Orang dah tolong masakkan pun tak terima kasih.Aku sorokkan karang semua nota kau nanti.Chill lah babe.Nanti kau stress siapa nak jawab kat Adam? Aku lah juga kan?"

"Apa kau kata? Adam? Ooo..masih jadi dia punya private investigator so-so lah ni eh?"

"Yaw mam! masih dan akan terus berkhidmat."

"Suka hati hang la.Aku malas nak kisah.Berchenta dah ni minah, nak hafal blood concept ni ha."

Karin masih geram dengan tingkah Qalisha yang masih tekun menghadap nota.Dari semalam, nota-nota yang dibawa dah separuh dibaca.Tapi, budak ni masih tak mahu lepaskan nota tu.

"Ye la macam ni orang nak merajuk la macam ni orang masak takmau makan kan.Ye la aku masak maggie je kan tak sedap kan."

"Alooloo merajuk ke? shayang-shayang I ni la.Ye la aku makan.Senyum la sikit.Tapai basi pun lagi sedap Karin dari muka kau buat macam tu."

"Amboi mulut mu dah bayar fee belum? Aku cabai nanti, naya tau"

"Ye la siapalah kita nak dicabainya.Ye laa"

"Ni siapa yang nak merajuk dulu ni?"

"Haha dahla makan.Hao liao!"

Harmie yang separa panas dicapai dan dimasukkan ke mulut.Terasa kelat.Payau ditekak meskipun biasanya, harmie Karin yang paling sedap kalah Mak Jah Jual Mie depan rumah tu ha.Tapi, sekarang ni memang rasa tak lalu.Sebab papa, atau sebab exam? Haila jiwa jangan la kau macam ni dengan aku bila nak exam ni.Janganla..

"Kau ni, sihat tak?"

"Kenapa kau kata macam tu?"

"Aku tahu kau sorokkan hati kau yang sakit tu dari aku kan? Aku kenal kau dari form 1 la.Lima tahun tak cukup ke untuk kau percaya pada aku, cerita pada aku,hm?"

" Aku tak nak susahkan kau dengan semua yang aku hadapi.Biar aku yang jalani.Tak mahu kau beratkan hati nak periksa ni.Tu tak bermaksud sayang aku pada kau hilang.Tu sebab aku sayangkan kau.Terlalu sayang Karin."

"Heh kawan.Kita ni friend indeed jugakan?Kalau aku boleh cerita kat kau macam-macam, ketawa menangis dengan kau, kenapa tak bila kau menangis,sepi aku pun perlu tenangkan kau, buat kau ketawa lagi?Come on, cerita.Aku dengar."

Harmie yang tinggal separuh diletak atas meja kaca.Tangan Karin mencapai telapak tangan Qalisha dipeluk.Bukan untuk kata yang I lend your shoulder.Tapi untuk sama-sama merasa setiap lintasan perasaan Qalisha.Untuk sama menghadapi semua yang Qalisha hadapi.

Qalisha yang terdiam dari tadi membalas pelukan Karin.Air mata yang disimpan berbulan akhirnya keluar.Akhirnya rasa sebu yang menjeruk jiwa terlepas.Rasa disayangi terasa tak ingin dilepas.

Semua rasa hati dilepas.Tentang Ma,Pa, tentang semua.

Papa yang dulu rapat dengan Qalisha dah ada pacar baru.Dah mula berkawan dengan Janda anak empat.Yang akhirnya kerja entah kemana, sibuk bercinta.Qalisha bukan lagi anak tersayang.Anak janda tu, yang dibeli itu-ini.Siapa pun sakit hati la.

Betul la.

In every successful man, there's a woman.And in fall of successful man,there's another woman.

Papa sekarang dah tak pernah kisah Qalisha dah makan ke belum, dah tidur ke, tidur kat mana, duit belanja berapa, semuanya dilepaskan ke Mama.Dan Mama pun tak pernah salahkan Papa.Cinta dan sayang buat dia diam dan terus buat tak tahu kalau Papa balik tiap malam nak tampar,nak marah.Pada Mama, cukup dengan ikatan yang ada, everything is just okay.Tapi, mama tak tahu, yang diam je tu, aku.Yang sakit hati tu, aku.Mama tak pernah tahu.Cinta, kenapa cinta tu buat perempuan tu lemah?Kenapa?

"Sebab tu kau paksa diri kau untuk belajar dan belajar je kan? Sebab kau sorokkan benda ni dari aku,kan?Qalish, mati pun aku sanggup kalau tu buat awan dekat kepala kau tu tak memeram."

"Awan?"

"Cerebrum and that cerebellum tu.Bentuk dia macam awan.Kan."

Qalisha ketawa.Karin, nyaman aku rasa bila dengan kau.

"Aku tahu aku buat lame joke je. Tapi, kau ketawa kan? Haa maksudnya, lepas SPM habis, aku boleh apply kerja clown dekat M'cD nanti.Beriban gaji tu.."

"Banyakla.SPM pun tak mula, nak habis macam mana ha?"

"Yela.Kau ni nak berangan pun tak boleh."

"Dah la, makan."

- - - - - - - -  - - - - - - - - - -

Tangan mencapai kotak empat segi pemberian terakhir Adam sebelum balik ke ibu kota.Kotak biru cair itu nampak comel dengan reben ungu di atas.Adam..

"Saya tahu semua tu harta bapak saya.Tapi, yang ni, ikhlas.Handmade.Nanti, kalau rasa macam r i n d u tu, buka dan Qalish akan nampak saya senyum.Ya manis?"

Penanda buku dengan kertas kecil berlipat terselit ditepi dipandang.Penanda buku tu dibuat dari kertas keras yang diikat reben polka dot warna biru laut.

Do smile.Sebab, awak nampak manis kalau senyum.Kalau tak, nanti saya datang dalam mimpi, ketuk kepala tu tau.Study smart, not study hard.Jaga diri.Pray for your success.-Adam.
(Kalau rindu, missed call.Nanti I call back,sunshine.) >;<

 Kalau rindu.Rindu? Maknanya, kalau aku call, dia kata aku rindu.Maknanya, r i n d u.Euuuuu.

"Ha, aku report kat Adam kau rindu dia.Aku report nanti.Haha"

"Memandai je.Mana ada.Takdela."

"Elelee tu blushing tu.Jangan cakap kau pakai revlon lagi.Dah basi la"

"Cakapla.Nanti aku cerita kat dia kau suka bangla depan kedai tu, kau kata dia handsome.Cakapla."

Tangan Karin yang sibuk mengeringkan rambut dengan tuala Harry Potter hitam pekat mula mencapai kotak empat segi dari Qalisha.

"Ala.pulang la."

"Auuu comel! Adam kasi eh? sweet la korang ni.Dah declare belum?"

"Banyakla kau punya declare.Kan kawan tu.Macam kau.kan?"

"Orang perempuan dengan lelaki kalau kawan, tak kata kalau r i n d u.Takde nya la.Ni dua-dua stiff kan.Takpe, nanti habis SPM, aku jadi korang punya cupid love.Ye shayang ye?"

"Nanti, aku dulu yang sandingkan kau dengan bangla tu.Dia on je kalau kata kau nak kahwin dengan dia tu."

"Muka lawa ni, kau nak sanding dengan bangla? Weh, carilah yang cool sikit.Macam Dude Harlino sikit.Lepas tu macam Robin hood sikit.Ni, bangla? tak hot langsung tau dia ni."

"Dah la nak hafal clotting factor lagi bagus dari layan kau dengan bangla tu."

"Tak baik merajuk, nanti kena jual."

"Ye la.Jual la."

"Ceee..Qarl Adamm"

"Ceee.. bangla legam."

Kalaupun cahaya tu ada, sinar tu ada, tapi kalau tak bersujud padaNya, dan percaya tentang cintaNya, semua tu takkan pernah bawa pada ketenangan.Tuhan ada setiap cara untuk buat kita kuat dalam setiap dugaan yang dia kasi.Fainnamaal usri yusra.Innamaal usri yusra.Kembali padaNya, bila rasa tak kuat.Nanti akan ada keajaiban dalam ketenangan hati.Islam tu cukup indah.Islam tu cukup sempurna,pada dasarnya.Pertemanan pada asas Islam, buat kita lebih kenal siapa sayang,siapa lawan.

R i n d u? ada, sebab kita kan teman, teman yang kawan selamanya.Aku cuma tak tahu bila perkataan r i n d u tu bawa aku pada kau.Tapi, buat masa ni, klasifikasikan perkataan tu buat aku geli.Ke, malu? Tak kisahla.

- - -- -  - - - - - - - - - - - - - - -

Hai, r i n d u, tu ada, kawan.Kita kawan selamanya.Ye bro ye?Baik-baik di utara *,*-A/9 Years smile and laugh.
Teman, kalau kau baca, aku rindu kau.Baik-baik kerja tu, tau.-Akmar.
Terima kasih support aku tau.-Maria.
Readers, awak ni comella!

Smile, and keep strength.Do laugh And trust in Allah.He know what the best for you.
May Allah Bless

Monday 5 December 2011

Guardian Angel 2

1..2..3 Righto on!

Kedengaran Letto-Cinta Bersabarlah beralun lembut di sekeliling taman Rumah berkembar dua tingkat.Kalaupun Hawa hanya mampu mendengar-melihat, tapi dia tahu Hadi sedaya upaya menghias sekeliling taman itu menjadi seindah mungkin.Hadi Firman, Hawa tak pernah fikir yang Hawa akan disayangi oleh lelaki sebaik Hadi.Hawa tahu yang Hawa tak sempurna.Tapi, Hawa cukup tahu yang awak adalah manusia yang cukup sempurna.Kerana persahabatan dan pertemanan kita yang cuba dibawa seikhlas mungkin mencerakinkan segalanya jadi satu yang indah.

Gaun putih-kuning separas lutut dengan balutan white rose by Lily di tangan kelihatan cantik menggambarkan suci hati Hawa.Rambut ikal yang dilepas sama seperti pertemuan pertama dulu.Hawa tak pernah berubah.Mungkin cuma kedewasaan yang mendidik dia lebih sopan.Itu Hawa Dayana yang Hadi kenal lebih lima belas tahun dulu.

"Happy Birthday yang ke dua puluh lima Hawa Dayana.Sorry Hadi tak dapat jemput kawan-kawan."

"Hawa tak kisah.Awak buat semua ni pun cukup dah untuk Hawa."

Dah beberapa bulan Hawa dan Hadi berhubung melalui Email dan Yahoo Messenger.Hadi bekerja sebagai Architect di Bangi.Hawa masih tinggal di Johor.Membuka butik berjenama sendiri. H&H boutique cukup untuk buat hidup Hawa lebih ceria bila ketiadaan Hadi.

Tangan Hawa diatas meja Hadi capai.Dipegang untuk berdiri dan menari seiring lagu cinta bersabarlah yang entah bila akan tamat.Suara lembut Letto buat Hadi dan Hawa seolah berada di dunia sendiri.

Seakan mimpi, yang terasa tak mahu dibangun lagi.

Beberapa minit kemudian, Hadi meletakkan kotak sebesar telapak tangan di tangan Hawa.Saat kotak itu dibuka, terjatuh nota kecil berbentuk hati.

Let's play a game,And there's your present at the end, mem.

Serentak, mata Hawa ditutup dan kaki dibawa melangkah tiga langkah kedepan.Hawa tersenyum.Tiga langkah lagi, dan langkah terakhir sekali gus melorotkan ikatan di mata.

Pandangan pertama Hawa melihat kotak empat segi warna coklat.Tubuh dibawa seiring pandangan mata.Mawar putih yang terdapat di atas kotak diangkat.Kotak dibuka dan terdapat sekeping kad biru laut di atas sekali.

I heart you Sweetheart.

Kad yang kedua,

Will never left you and will be with you till old, Be your guardian Angel.Forever.

Kad yang ketiga, yang terkecil sekali,

Will you marry me?Till the end of my life be my one and only.Will you?

Kedengaran suara Hadi dibelakang,

"Hawa, sini."

Pandangan Hawa dibawa menatap mata Hadi.

"Will you?"
'Till the end.'

Makan malam itu akhirnya berakhir.Ketawa Hawa-Hadi menceriakan suasana sepi.

Walau sehari ku tak berhenti
Untuk mencari bunga hati

Walau tak ku punya
Tapi ku percaya cinta itu indah
Walau tak terlihat
Tapi ku percaya cinta itu indah

rasa cinta bersabarlah menantinya

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Suasana taman dengan kehadiran budak-budak tidak sama seperti suasaa sunyi dua puluh tahun dulu yang akhirnya membuka cerita Hawa-Hadi.-Hawa-Adi.Berkata dengan jiwa dan bukan kata.Teman tanpa suara.

"Heh awak, termenung ingatkan orang yang dekat hm?"

'Perasa-an lebih dia ni tahu?'
 
"Nah."

Nokia E71 bertukar tangan.Kelihatan gambar Hawa tadi diambil.Hadi tersenyum.

'Awak ambil gambar orang tanpa kebenaran.'

"Mana ada.Tu gambar Hawa Dayana."

'Awak nak kena ye?'

"Kena apa ye awak?"

'Tak nak layan awak lagi.'


Tangan Hadi meletakkan sulaman white roses by Lily di kepala Hawa.Rambut ikal ikatan ekor kuda dileraikan ikatannya.Sengaka dilepaskan ikatan rambut Hawa.

'Awak, penat tau hawa ikat.'

"This is my Hawa Dayana yaw.Muka kelat tu cuba senyum, nanti white roses ni pun layu tau tak dengan haba panas dekat kepala tu."

Hawa tetap diam.Sengaja menduga Hadi.Jarang dapat berjumpa dengan Hadi akhir-akhir ini.Dan sengaja membawa diri ke taman yang sama ini mengulang masa lalu.Mama dah tak melarang hubungan Hawa dengan Hadi.Mama mulai sedar yang Hadi akan selalu jaga Hawa walau apa yang jadi.

"Ye, Hadi minta maaf.Hadi sibuk sejak nak kahwin ni.Tapi, Hadi tak pernah lupa Hawa dengan white rosses ni tahu tak?"

'Tahu pun.Hawa tak kisah sebenarnya Hadi sibuk pun.Hawa tahu that you'll always beside me,Yaw?'


"Tahu pun.Hadi dah dapat agak yang Hawa pergi sini tau tak"

'Elele, bukan Mama yang beritahu?'

"Lah, baru nak buat drama sikit tahu tak dia ni"

'Hawa ingatkan nak nikah dengan reception nanti nak buat baju sendiri lah.'

"Hm.Like those garden marriage tu ke?"

'Tengoklah.'

Mata terus memandang anak kecil bermain.Kembali meletakkan memori pertama di tempat teratas.Dengan cerita Adi-Hadi dan kisah hidup yang tak cliche'.Tak cliche' mungkin dari sisi kisah cinta yang tanpa suara.Sampai akhirnya dunia pertemanan ini dah lali dengan suara hati tanpa kata. Orang kata, macam ni, mungkin lebih jelas kata dasar ikhlas tu.

- - - -  - - - -- - - - - - - - - - - -

Seminggu sebelum akad nikah, Hadi bercuti dan pulang ke Johor untuk persiapan pernikahan.Entah rasa sayu tiba-tiba hadir bila terpandang wajah Hawa.

'Hadi tak tinggalkan Hawa lagi kan?'

"Dengan izin Allah, Dewi."


'Hawa takut semua ni takkan jadi kenyataan.'


Hawa dibawa ke hadapan Hadi.


"Tak kira apa jadi pun, Hadi-Hawa akan tetap jadi satu.Kalaupun di syurga.Dengan izin Allah hm sayang?"


- - - - - - - - - - -  - - - - -- - - - -


Hari terakhir membeli keperluan, Hawa dan Hadi keluar pergi mengambil door gift di H&H Boutique.Ketika hendak menyeberangi jalan, Hawa hampir dilanggar sebuah kenderaan yang menghampirinya sebelum ditolak seseorang.


Hawa terdiam bila melihat darah dikepala Hadi.Tanpa sedar, Hawa menangis dan memanggil nama Hadi.


"Hadi!Adi?"


Hadi berusaha menyedarkan diri apabila mendengar suara perempuan yang memangku kepalanya.


"Hawa boleh bersuara?"


Hawa terdiam.Tanpa sedar.Semuanya ibarat mimpi.Dalam sekelip mata, Hadi dipangkuan.Dalam sekelip mata, Hawa mampu bersuara.Janganlah kurniaan mu tuhan,mengambil Hadi dari Hawa.Janganlah Ya Rabb.


"Hadi kena kuat.Hawa tak mahu Hadi pergi.Tolonglah Hadi."


Tangan Hadi digenggam sebelum ambulance membawa mereka ke Hospital Seri Putri.Hadi dibawa ke unit rawatan rapi untuk membuang darah beku di kepala.Kemungkinan untuk Hadi hidup, 50 peratus.Kemungkinan untuk Hadi hilang semua memorinya tentang hidup masa lalunya tujuh puluh peratus.Itu kata Dr Aina yang merawat Hadi.


- - -- - -- - -- - - -  ---- -  -- -


"Aku nikahkan dikau, Mohammad Hadi Firman dengan Hawa Dayana binti Aryzal dengan mas kahwin dua puluh ringgit,tunai."

"Saya terima nikahnya, Hawa Dayana binti Aryzal dengan mas kahwin dua puluh ringgit tunai."

Walau sehari ku tak berhenti
Untuk mencari bunga hati

Walau tak ku punya
Tapi ku percaya cinta itu indah
Walau tak terlihat
Tapi ku percaya cinta itu indah

TAMAT


May Allah Bless


Saturday 3 December 2011

Oreo Cheese with AI 12

Mira Ilyani. Tiba-tiba rindu pada Mira. Kenapa ya?

Kepala Qalish dari tadi rasa macam nak hantuk-hantuk dinding.Takpun, rasa macam nak rendam dalam air laut Antartika yang suhu negative degree.Ngeee pening.pening..

Minggu ni, sibuk dengan extra class, buat Qalish lupa pada Mira.Bukan sengaja, cuma, terlebih-terkurang-oksigen dalam badan kut.Jalan macam dah tak jejak tanah je bila sibuk dengan macam-macam aktiviti nak dekat SPM ni.Dengan prefect farewell party, kena jadi emcees lah.Dengan motivation by Osman Affan lah, dengan farewell dinner form 5 pun goreng sekali dia kena uruskan, memang rasa macam jadi super girl pun ada.Juga, hilang dah rasa pelik bila Adam dah takda nak jadi guru tak bergaji ajar Additional Mathematics. Sungguhlah, kenapa tiba-tiba rasa pelik semacam ni, nak jiwang-liwang ini maicham seniorita?

terlebih hormon kut, sekali lagi ketawa.

Monosodium glutamate or so called M.S.G is used for preserve food..
Calcium sulphate is used in making plaster of paris for bone feature..
Example of soluble salt, S.A.P [sodium-ammonium-potassium]..

Tangan Qalisha leka menconteng nota dari hafalan untuk chapter salt.Semua benda kena hafal, semua benda pun kena tulis. Bila exam, berkajang kertas nak habiskan tulis esei.Lama-lama rasa dengan fakta chemistry pun dah masuk fizik.Dengan teori pun dah taram masuk biologi.Lama-lama, kidney transplant pun dah boleh bercampur dengan nuclear reaction.Memang rasa macam nak kena bakar goreng masak cili api lah tu kan.

Hailah, waktu cepatnya berlalu.Rasa macam baru semalam je jadi junior SM Bayu ni.Rasa macam baru semalam pakai tudung sememeh masa orientasi form 1. Rasa macam baru semalam kena buli dengan senior yang maha kejam.Pun, rasa macam baru je mula berkenalan dengan Karin.

Sebulan lagi untuk habiskan masa dengan class-tuisyen semua.Rasa macam, takut pun ada.Rasa macam sejuk-kelam pun ada, nak jawab soalan SPM nanti.Ya allah, blessed me.

Diari biru dikeluarkan dari beg, kepala yang pening diurut perlahan.Janganlah migrain,Tolonglah be good with me Inche Kefala.Please.please.

Qalisha memang tahu yang kalau dah mula migrain, memang kepala selalu jadi mangsa kena ketuk je bahana sakit macam kena rebus.Memang masa tu, dah tak kira sakit kena ketuk ke apa, memang macam nak kena rebus je kepala tu haa.

'treett.treet.'

Tertera nombor Karin di skrin telefon bimbit.

+ Sayang, kau kat mana? study sama jom.Aku mengantuk la

Banyak kau punya sayang gula karin!


- Anja, aku dekat luar ni.Tengah buat esei paper Puan Mar.Kau tahulah nak belajar kat rumah macam mana kan?Syurga lah sangat.

+Macam tu, lepak rumah aku la.Takda siapa ni ha.Adam dah balik.Lusa sekolah mula penggal baru kan.Aku bosan ni.Kalau boleh, tidur sini la.

-Fine.Fine.Aku balik kemas barang dulu.Lepas zohor aku sampai sana.

+Okay.Take care.Iloveyou.

-Love you,Anja.

Tulisan esei untuk soalan Alloy and manufacture segera dihabiskan.Tangan tangkas mengemas alat tulis yang bertaburan atas meja.Sambil otak kembali melayang pada pesanan ringkas Karin.

'Adam dah takada.'

Maksudnya dia akan terus hilang.Macam mana dia datang dengan tiba-tiba, macam tu dia pergi.Macam drive-thru. Tapi Adam, kenapa dalam waktu yang singkat kau datang tu, kau buat aku yang batu ni, jadi lembut hati? Qarl Adam, pergilah, saya terima.Pergi.

-----------------------------------------------------
"Nak pergi mana bawa baju semua?"
"Isha nak pergi rumah Karin.Nak belajar sana."
"Mama tahu Isha sedih dengan semua ni kan? dengan Papa semua, Isha sakit hati.hm?"
"Isha tak pernah cakap apa-apa pun Ma.Isha nak pergi jumpa Karin ni, lambat dah, bai Ma,Assalamualaikum."

Isha diam Ma, tapi Isha sakit.Isha perit.Kenapa semua yang Isha jalani, tak macam teman dekat luar sana?Kenapa hidup Isha tak ada happy family macam orang lain?Isha kuat depan manusia luar sana, tapi, bila sendiri, Isha rasa yang Isha tak mampu nak bangun.Isha sepi Ma.

Tuhan, maafkan Isha sebab salahkan takdir.Tapi Isha tahu, Allah selalu ada dekat dengan Isha kan?Ini kekuatan tu.Ini ubat untuk rasa hati tu.Terima Kasih Ya Rabb.'

Sering, hidup tak pernah sempurna.Tapi, andai syukur tu ada, Percaya pada cintaNya, kuat tu akan ada.Kuat tu akan temani,Andai merasa ingin menyalahkan takdir, percayalah juga yang 'jatuh' tu yang akan ajar kita cara untuk bangun pada masa hadapan.Allah,Bless me.

---------------------------------------------------------------------------