Tuesday 13 December 2011

Oreo Cheese with AI 14

Azan subuh kedengaran berkumandang dari masjid berdekatan Pesona Heights.Terasa nyaman dan tenang.Suasana sunyi terasa diisi dengan sesuatu yang bercahaya.Terasa nyaman yang takkan dapat di mana pun.Sekalipun bertapa di puncak kinabalu-Lembah mayu pun takkan dapat nyaman yang terasa macam ni.Indahnya Islam tu, yang bila datang dari dalam diri rasa macam mana iman-cinta-sayang dariNya tu ajar cara untuk hadapi hidup dengan lebih teratur.Mungkin juga,nearly perfect.

Allah Maha Besar
Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah
Aku bersaksi bahawasanya nabi muhammad itu persuruh Allah
Mari bersolat
Mari menuju kejayaan 
Sembahyang itu lebih baik daripada tidur
Allah Maha Besar
Tiada Tuhan selain Allah

Betul la sejak kenal Qalisha, Qarl Adam dah mula tahu macam mana nak dekatkan diri dengan tuhan.Mula beratkan soal solat lima waktu yang dulu kejap buat-kejap tak.Kalau quran dulu nak sentuh, biarlah sampai berhabuk dekat almari lepas khatam sekali masa darjah lima, mula buka-baca  surah Al-Baqarah,Al-Imran dengan surah Maryam.

Bukan lah benda ni terus berubah serta-merta.Entah. Rasa tiba-tiba nak dekatkan diri padaNya tu macam rasa rindu sebab jarang-jarang minta rahmatNya-bersyukur atas nikmatNya.Macam dah jadi ujub-riak-takbur bila hidup bebas dengan lelaki-perempuan tak kisah nak bertepuk-tampar-berguling tanpa rasa berdosa.

Masya'allah.

Ye la, sejak bonda meninggal, Ayah mana la sempat nak ajar itu-ini soal agama lagi.Yang ada bila personal tutor untuk kelas agama yang datang kat rumah, untuk ajar random fasal Islam.Tu pun, masa tu takla jelas sangat fasal Islam tu seadannya.Main taram aci lut aje nak solat ke tak.Setakat tahu asas, then yang wajib-sunat-harus-haram semua.Lepas tu, lepas.

Tapi, bila nampak Qalisha belajar baca doa-makan bismillah-solat ikut waktu, lepas tu nampak tenang je dia walaupun Adam tahu yang dia ada masalah yang buat jiwa jadi gila kalau tak ada rasa sabar.Bukan dia yang luah sendiri, pun bukan Karin yang cerita.In fact, Karin pun takkan la nak cerita benda luar-dalam semua pada Adam. Tapi, mata Qalisha yang seakan 'cerita' hidup yang dia jalani. Redup mata tu, tak pernah Adam jumpa bila tengah kota macam ni.Yang majoriti tak kisah soal halal-haram ni.Sibuk kejar nikmat dunia yang semua pun tahu takkan kekal sampai masuk dalam kubur.

Tapi, hakikat dunia sekarang ni, memang la banyak yang fikir agama tu nombor dua.Duit tu sekarang yang penting. Haila... cakap dengan diri sendiri sekarang ni terasa macam Dr Fadzilah Kamsah kasi motivasi dekat Al-Hidayah la.

Dan sekarang, mula suka nama A d a m dari orang panggil Qarl. Mungkin sebab makna yang tersirat-tersurat tu yang buat nampak lain. Dan jelas la nama 'Adam' tu lebih dekat dengan Islam.

Adam mula menapak ke arah tandas. Wudhu' dimula dengan basmallah.Segala puji bagi Allah pemberi rahmat.Solat subuh disegerakan.Dan doa dipanjatkan agar dipermudahkan urusan dunia-Didekatkan urusan akhirat.

Selepas solat, tangan mencapai handphone di tepi meja katil.Nombor Karin ditekan.Katanya, Qalisha di rumah, dan biasanya kena paksa-rela dengan Qalisha  buat qiyam.Selalu la dengar dia merungut.Entah sah ke tak bila dah bising-bising macam tu.

"Assalamualaikum"

"Yeah bro, sejak bila hang tau bagi salam? selama ni, tak kira aku tengah makan ke, tidur ke, terjah main jerit nama aje kan."

"Jawab la salam dulu, Karin la"

"Waalaikumussalam alaik.Kenapa ni hm call pagi-pagi?"

"Saja.Kita kan nak pergi berperang Tanah Melayu-Langkasuka hari ni"

"Wao! perang Tanah Melayu tu..kitaorang baru habis subuh plus qiyam plus sekali hajat-tahajud.Kesha sihat sempurna tubuh badan.Kau nak tahu tu kan? Alaa cakap je la.Nak main zaman perang Tanah Melayu kut ye pun, sejarah minggu depan la."

"Pastikan kau excellent sejarah.Penat aku turun Johor nak jadi tutor sejarah kau."

"Ellele tukar topik.Ingat aku makan ke dengan topik baru kau tu? Aku makan chiken-chop la"

"Dah la.Layan kau.tambah dosa aku tau dak? Assalamualaikum, kirim salam Kesha."

Telefon dimatikan.Wajah Adam terasa panas.Ni udang kena rebus lagi la ni..

"Qalisha! Adam kirim salam sayang-rindu kat kau!!"

Hari ni hari pertama SPM. Jelas la cuak-sebu semua perasaan tu ada.Rasa macam nak pergi berperang dengan orang Langkasuka pun ada.Cuma beza, biasa orang dolu-dolu berperang pakai pedang-tombak semua.Ni, perang pakai pensel-pen-cerebellum-cerebrum plus, Air. Kertas Bahasa Melayu mula 8.00 pagi, semua berkumpul tepi dewan dengan slip peperiksaan masing-masing.Adam duduk berteleku tepi dewan dengan pegang alatan sambil berdoa atas rahmatNya.

Bukanlah dia cuba dekat dengan tuhan sebab nak periksa atau apa, walaupun tu adalah salah-satu sebab.Tapi, lebih la pada rasa syukur tu sendiri.

"Cool la bro.Lu tu otak cair.Pandai.Chill la."

"Banyak kau punya chill la Adi.Aku taram sekali, kau boleh masuk time-warp nanti sampai zaman Parameswara nanti."

"Manyak sabar la bro, okay la, aku blah"

Kaki melangkah ke arah dewan dengan dimulai selawat ke atas nabi, dengan berharap semuanya lancar-telus dan sempurna.Minta dipermudahkan.Qalisha-Adam-Karin semua minta doa yang sama ; kejayaan.

Yang membawa semua pada impian, yang tak dapat dibeli.Yang untuk kepuasan sendiri dalam meraih cita-cita.Seterusnya, tawakkal is the best thing la.Lepas berjuang, tawakkal yang usaha tu semua, hasilnya indah dan bermakna.Kalaupun bukan untuk orang sekeliling, untuk diri sendiri dan Allah cukupla.

Let your religion influence your culture, not your culture influencing your religion.Islam is enough for you. actually.

[link]

Innallaha ma'ana
Ameen.






































































No comments:

Post a Comment

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.