Wednesday 14 December 2011

Eternal


SM Tun Ali, Mei,2010
"Kau suka dia?"

Sepi.

Perpustakaan SM Tun Ali sunyi walaupun hampir penuh dengan pelajar. Biasalah, bila dah nak masuk bulan peperiksaan, semua sibuk nak prep dalam library.Katanya, senang nak masuk bila belajar sebab malaikat dihantar khusus untuk terangkan hati dan sebab tu dimudahkan nak belajar. Kalau nak alasan yang lagi jelas, last minute pre-reading memang la macam tu. Agak-agak kalau takde monthly exam yang buat tak cukup jejak nak masukkan segala macam benda dalam kepala, agaknya, library ni terus jadi markas habuk.

"Mar, jawabla.Aku tanya ni.Kau ni la"

Haila.. Yasmin ni la. Aku tengah berbintang-bintang nak hafal kepentingan Angkor Wat dengan candi ni la dia nak tanya soalan tak masuk silibus tu.

"Asal nak tau? sejak bila kau ni suka jaga tepi kain orang ni ha?"

Oxford Fajar Sejarah tingkatan empat ditutup. Pen biru yang dibuat tulis nota diselitkan sebagai penanda.

"Aku kan orang yang paling rapat dengan kau, Aku pun rimas la bila orang tanya kau dengan Khairi tu ada something ke-In a relationship ke, apa.Jadi, aku nak tahu dari mulut kau sendiri jawapan yang jujur-tulus-telus dari hati fasal kau dengan.."

"Khairi? Aku rasa nak ketuk kepala siapa yang buat pokok takda angin tu bergoyang. Nak exam ni la ada je nak buat cerita takda pangkal takda hujung ni."

"Then, the answer is?"

"Focus on your exam even though it's only monthly exam la sayang. Ingat yang tahun depan senior year, sekolah ni dah taraf boarding school. Apa kau nak kena buang kalau result teruk sebab berita macam ni? Come on la."

Oxford sejarah kembali ditatap. Closed the topic.Tolong la..

"Akmar.."

Memang la budak ni dah takkan berhenti. Kenal sangat la dengan Yasmin Halim ni. Bila mulut dia dah tanya soalan, memang takkan puas hati bila jawapan yang dia nak, tak menepati piawaian soalan. Dalam rela ke, paksa ke, memang kena jawab juga soalan tak masuk silibus ni. 

"Kau selalu jawab apa, bila diaorang tanya macam-macam fasal aku?"

 "Aku kata taktau la."

"Habis tu, apa susahnya? Jawab ikut apa yang kau jawab sebelum ni, kan boleh."

"Kau tau apa jawapan jujur-telus dari hati yang aku nak tu kan?"

Aku rasa, sekarang ni la macam nak guna time-warp pergi zaman Parameswara perintah Melaka. Bersoal-jawab dengan Yasmin ni memang buat hidup jadi tonggang-tebalik la jawabnya kalau tak jawab.

"Kau kenal aku dengan Khairi sejak zaman mula-mula masuk sekolah masa tingkatan satu kan, Min? Kalaula aku nak ada 'apa-apa' yang kau kata tu, dah zaman berzaman dah aku end up dengan dia. Tapi, sampai sekarang, kitaorang kawan. Khairi tu dah macam kau. Dia tahu bezakan apa yang aku rasa, luahkan, sampai la bila aku rasa yang hidup aku ni worst sangat, kau dengan dia yang selalu buat aku ketawa balik. Don't you remember that?"

Kan aku dah mula kasi 'pendekatan istimewa dari hati ke hati' dalam library ni la. Tapi, Yasmin mesti nak tanya lagi tu. Haa..

"Tapi kan.."

Betulla aku dah tak sabar. 

"Closed the topic. Aku nak belajar. Esok kalau itu Inche' Faisal buat kuiz, tinggal menganga la nak diri atas kerusi. Tak sanggup la.

At last,

"Happens all the time.Ye la, aku sambung buat equations ni.Tak nak kacau kau la."

Lepas tu, memang la Yasmin buat muka rajuk ayam dia sampai nak pujuk, kena minta Khairi fly belikan dia mee goreng basah 2 kilometer dari asrama. Nasib, Khairi ikut arahan duli yang maha mulia ni. The rest is just, a history.

* * *

"Assalamualaikum sayang"

Mata Akmar dari menatap keratan sudoku dalam Berita Harian, ditala ke arah suara 's a y a n g' tu.

"Waalaikumussalam, sayang-Intan-Kaki payung.."

Dalam masa yang sama, bihun goreng dihulur ke tangan Akmar. Kaki dibawa masuk bawah meja. Mata tak lepas memandang Akmar Hanis yang duduk bertentangan.

"Sampai ke hati nak samakan orang yang sikit punya kacak bergaya ni dengan kaki payung tu."

"Sampai la. Apa ingat muka tu macam Bront Palarae orang kat sini boleh cair ke? Kalau muka macam John Lennon versi potong rambut tu, bolehla nak cair.Tak pun ke, at least mata macam Dude Harlino ke.."

"Ada ke Bront Palarae? Khai ni taraf lagi bergaya dari Randy Pangalila you kata Bront? Cheuu"

Garfu yang separuh penuh dengan bihun dimasukkan ke mulut. Monthly exam baru je selamat tamat untuk budak kelas Biologi. Yasmin yang ambik elektif Lukisan Kejuruteraan masih bertungkus lumus untuk last paper esok sebelum boleh berjimba balik rumah untuk cuti penggal ke-dua.

Sesekali Khairi menyudu garfu ke pinggan Akmar yang tinggal separuh.

"Orang dah belanja ni, tak makan. Sibuk dengan sudoku dia. Makan la. Ke nak kena Khai suap, sayang?"

"Euu. Dahla sayang tu. Orang rasa macam nak keluarkan balik dah bihun ni. Eh, nak dengar cerita tak?"

"Cerita apa? Bed time story zaman mana you curi lagi? Puteri Salju ke cinderella?"

Khairi ketawa.

Ingat orang buat joke ke? Akmar rasa nak ketuk kepala je dengan perangai Khairi ni kadang-kadang la.

"Nak rasa makan sudu tak ni? Betulla, nak cerita ni."

"Awatnya, Mar?"

Garfu dah diletak dalam pinggan yang dah kosong.

"Fasal kita."

"Kita? Woo gossip dari ceruk mana lagi? Lembah Mayu?"

"Entahla. Tapi masa sebelum exam haritu Min tanya I ada orang tanya fasal kita. In a relationship la, apela-bla-bla"

Cool la budak-budak ni! gossip dari mula masuk sekolah masa tingkatan satu, sampai dah nak masuk senior year sikit je lagi, benda yang sama. Tapi betul la. Dah dekat lapan tahun kenal dari darjah empat, sampai masuk boarding school kat ceruk pedalaman yang takde la nak pedalaman sangat dekat hulu Selangor ni. Aku memang tak pernah dekat dengan perempuan lain selain Akmar Hanis.

Tipu la kalau takde orang yang tanya depan-depan fasal dia-Mar. Ayie-Harris-Acap pun sibuk keneng-kenengkan dia dengan budak junior yang famous, Farhana. Bila kata taknak, mula la kata dia dah lama ada 'apa-apa' dengan Mar.
 
Entah tak tau rasa apa, bila dekat dengan Akmar Hanis tu, rasa macam bebas jadi diri sendiri. Nak cerita fasal Malaysia menang lawan Indonesi 5-4 masuk penalti pun, kira layan je. Kalau Mar pun, nak pass surat budak junior dengan bedak-wangi versi budak sekolah rendah pun kira okay.

Biasa je rasa bila buka surat penuh bedak tu baca-gelak sama dengan Mar. Prep pun, kalau Ayie-Harris-Acap ada tutorial malam, dia-Mar 4 Alam dengan Yasmin budak 4 Magma rileks je nak belajar sama dekat pondok depan kantin.

Tapi, betul ke takda langsung rasa 'suka' dengan Akmar Hanis tu? Ada la kut. Sikit.

Banyak kut.

* * *

Masuk penggal akhir, semuanya berjalan macam biasa. Tapi, lepak sikit la bila mana nak belajar-perjumpaan pengawas semua. Kelas private tutorial antara pelajar macam program mantor tu semua dah mula buat persiapan untuk masuk form 5 tahun depan.

"You. Ni nota cloning dari Cik Tasneem. Dia ada mesyuarat PIBG for this two periods. Dia suruh buat review dengan short note fasal cloning ni."

"Serious la orang dah pening ni. Banyak benda dah buat kepala rasa kena buat sauna nak tambah kasi efisien neuron berfungsi la Khai. Eh, ni maksudnya.."

"Esok siap la kena brain wash." Khari dah siap susun satu ayat yang dah biasa pun dengar.

Hailoh! esok kuiz plus brain wash plus tutor lebih lah kalau cloning ni tak excellent. Dah terbayang dah, Cik Tasneem dengan cermin mata oldschool-rambut coklat gelap-skirt separa lutut dia. Kalau kena sound sikit, memang hangus tak sempat letak air la. Mulut laser semacam. Nasib student kat SM Tun Ali ni, manners masih tahap awesome. Kalau kena hantar dekat sekolah yang 'power' hormat dia tinggi tahap giga, taktau la jadi apa.

* * *

Disember, 2011

"Lepas ni, takde la nak jumpa Khai. Makan bihun kantin sama, study sama."

Awan cerah di langit malam jadi tatapan mata. SPM dah selamat tamat untuk biologian. Khai-Mar mula kemas-kemas siap nak bawa semua benda yang jadi sepanjang lima tahun belajar dewasa dalam tempat yang sama ni. Jatuh-bangun-ketawa sama. Yasmin cemburu je bila Akmar mula kemas-kemas semalam.

Tapi, tu la, kalau nak balik pun, minggu depan kena datang untuk majlis Malam Memoir 07/11 yang kira macam last la nak tengok muka masing-masing. Acap-Ayie-Harris yang jadi geng tidur sebantal-makan sepinggan pun masih bertungkus-lumus dengan akaun Isnin depan yang sekali dengan Lukisan Kejuruteraan.

'Ye la, nak tinggalkan kita la tu kat sini.'

'Mana ada. Aku sayang gila kat kau.Roomate-kawan semua sama'

Bila terasa baju kurung cekak musang ditarik, minda mula kembali ke dunia nyata. Masih menatap langit malam, berdua dengan Khairi Danial. Masuk 9 tahun kenal, hati-budi-bicara dah tak kira. Kadang ber-kau-aku. Kadang taram dengan awak-saya.Kadang pun main sebut I- you. Ada je bila bahasa tukar jadi sayang-Intan semua.

"Orang cakap kat sini dia senyum-senyum kat sana. Makruh tau senyum sorang."

"I ingat semalam, Min dah sibuk nak merajuk. Kita dapat balik awal."

"Mar.."

"Ni kenapa gaya kucing gatal ni. Seram aku la. Nak kena side-kick budak tali pinggang biru tae-kwan-do, cuba la jadi miang tebu macam tu."

Tanpa hiraukan sikit pun suara naik satu tangga oktaf Akmar, Khai keluarkan kotak empat segi dari baju melayu.

"Apa ni?"

Kotak bertukar tangan.

"Hadiah? Untuk Akmar ke?"

Senyum dah mula berbunga tambah lagi seri di muka bujur sirih Akmar.

"Tak. Untuk Yasmin."

"Min?"

"Untuk orang kat depan ni la. I ni gentle man, nak kasi hadiah mesti kena face-to-face la."

Lawak la sangat kasi orang hadiah tengah malam.

"Ha ha ha" sengaja ketawa dibuat-buat

"Sindir Khai la tu?"

"Manade, Thanks tau Khai kasi ni.But, for what eh?"

"Saja. suka nak kasi Akmar hadiah."

"Ada ke macam tu.Tapi, ni bukan hadiah 'selamat tinggal' kan?"

"Tak tau la. Alaa agak-agak rindu I, text la. Buka la benda tu.Kalau tak suka, senang, kasi balik."

"Uuuuu r i n d u."

Kotak empat segi dibuka. Ada loket silver huruf-huruf A K M A R. yang dah siap bercantum.

"Terima kasih.For everything. And for, this. Khai" tangan mengangkat cantuman huruf

"Tapi Akmar takde hadiah. Lain kali nak tukar-tukar hadiah, cakap la. Boleh prepare.Sayang juga dia kat kita ni ye?"

Khairi cuma senyum. Tiba-tiba masa last outing sebelum masuk sesi perang masing-masing, ternampak loket tu. Teringat Akmar, lepas tu ringan je tangan beli. Untuk apa, memang tak tau nak kata la.

Untuk kata 'kawan' je, atau untuk someone yang rasa istimewa dalam hati ke, memang tak dapat dipastikan. Dia dengan Akmar memang tak pernah declare apa-apa walaupun orang kata itu-ini. Tapi..

* * *

Malam Memoir 07/11

Setiap persembahan dalam majlis berjalan ikut seperti yang di rancang. Untuk dedikasi terakhir, sebagai majlis penutup, persembahan pelajar berlangsung

Tiba persembahan terakhir, Acap dengan Ayie sebagai pengacara majlis menyebut satu nama yang kedengaran tak jelas di telinga Akmar.

"And now, a song by..."

Tapi bila alunan biola dengan gitar memecah suasana, Akmar mula menangkap satu suara yang memang jelas tak asing lagi

"Okay, today I wanna dedicate this song to you guys, teachers, and special to someone here, Best ever friend, Akmar Hanis"

Kedengaran tepukan para pelajar yang hadir.

Antara sepi dan Abadi 
Hidup ini kan terasa indah bila kau ada disini
Malam hari sepinya malamku
Berhujan di dalam sepi
c/o
Abadikah rasa yang ada
Di saat kau telah pergi

Menjelmalah
ku telah bisa menjemput kau kembali

(ulang c/o)
Mungkin ku kan menangis
Memang takkan ku pernah bisa untuk kembali.
Menjemputmu kembali (twice)

"Betulla buat orang blush macam hapa tau dia ni. Kasi jurus rendang kawah nanti baru tau."

Khairi cuma diam.

"Habis suara dah?"

"Maneade"

"Eley, tiru cara orang cakap."

"Khai nak cakap something ni."

"What?"

"A confession"

"Cakap la"

"Khai..."

"Khai-Mar! jomla, ada photoshot! cepatla"

"Okay.Nantila kita cakap hm?"

Esoknya, tiba masa semua pelajar batch 07-11 tinggalkan asrama. Bas khas sekolah tiba jam 2.00 petang.

"Kau nak tau something?"

"Apela seh?"

"Aku suka Khai." Direct suara Yasmin.

Terasa macam langit nak runtuh kat situ juga.Yasmin-suka-Khairi. S U K A.

Kenapa rasa macam tak rela?

"Kau suka dia?"

"Ye la, nampak gentleman je bila dia treat kau.Kau-dia kawan je kan?"

"A'ah." Perit rasa nak keluarkan satu perkataan je pun pada Yasmin.

"Kau rasa dia suka aku, tak?"

Teringat malam tu,

'Tak, untuk Yasmin' Apakah?

"Kau ni.Kau rasa dia suka aku tak?" Yasmin mendesak

"Mesti la. Kau kan lawa.Kulit cerah.Lembut.Kira macam perfect la untuk dia."

"Tolong cakap boleh? dekat Khai."

* * *

"Min suka kat you"

"Tapi..Khai tak.."

"Tolong accept her.Mar tak sanggup hilang semangat Min."

"Khai sayangkan Akmar Hanis.Bukan Yasmin!"

Terpempan dengan suara Khairi yang memecahkan suasana sepi padang.Jujur, jawapan tu memang dah lama ditunggu. Dan bila malam tu, memang harap Khai beri harapan dan harapan tu jadi kenyataan.Tapi, sekarang dah lain.

"Kenapa, lambat?"

"Khai tak jumpa masa yang sesuai.Malam memoir tu, Khai tak sempat.But. I betul dah sedar yang fasal rasa hati ni."

"Tolong, buat Yasmin happy."

"No! Khai bukan patung! Khai takkan terima kalau tu yang you nak."

"Please. Kalau betul Khai ikhlas katakan sayang tu, end up dengan Min."

"Kenapa?"

"There's no answer for that. Yasmin dengan Mar dah macam adik-beradik.I cuma taknak dia sedih. Just because of this."

"Kalau macam tu, Khai takkan dengan siapa pun. Khai pergi."

Tepat jam 2.00. Tepat semuanya berakhir.

* * *
"What's wrong with me doctor?"

"Tumor.Brain tumor. Phase 3."

"Berapa lama.lagi?"

"1 month."

Nak terduduk bila tahu yang hidup dah tak lama. Sebulan cukup untuk habiskan SPM.Kalaulah tak sempat nak dapat result pun, aku redha Ya Rabb.

* * *
Kalau air mata boleh gantikan semua saat dalam waktu ni, Mar sanggup jadi buta untuk hidup disamping Khai.Tapi, Mar tak dapat kejar impian tu, dengan Khai.Buat Yasmin bahagia.Love her, like how love me.She's the best for you.I know.

I sayangkan you, kawan.Kita kawan, forever.- Akmar Hanis.

"Tu yang Akmar tinggalkan sebelum dia pergi"

"Dia tahu yang dia akan pergi.Dia pasrah.Sebab tu, dia kalah.Khai kesal dengan sikap dia.Terima je dengan keadaan dia."

"Sebab dia sayangkan Khai.Terlalu sayang."

"Macam mana Min tahu?"

Diari yang diukir 'memories' bersampul warna coklat cair bertukar tangan.

"Dia simpan semuanya sendiri.Di situ."

"And. This."

Loket tu, kembali pada  Khairi akhirnya.

'Sayang juga, dia kat kita ye'


Mungkin ku kan menangis
Memang takkan ku pernah bisa untuk kembali.
Menjemputmu kembali


TakdirNya dia pergi.Kerana Yang maha kuasa tu, lebih sayangkan dia dari kita.
let it go, and stay alive.
 Al-Fatihah

Innallaha ma'ana
Ameen


 

7 comments:

  1. Hailoo..sedih laaa ending dia. :(
    wuuu~

    ReplyDelete
  2. terernya buat cerpen.. buat lgi ye..

    ReplyDelete
  3. http://www.google.com.my/search?hl=en&biw=1366&bih=667&tbm=isch&sa=1&q=blog+template+simple+cute&btnG=Search

    ReplyDelete
  4. @afiqah airil* Maaf kalau saya disini, buat mood anda sedih satu hari...haha

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. @miss xyz*I'll take it as a compliment.Tankayu heehe

    ReplyDelete
  7. salam ziarah. serita yg besh btw jemput lawat disini dan dapatkan barangan muslimah dan koleksi buku2 menarik dr ustaz riduan serta hadiah istimewa.semoga mendapat manfaatnya~ :)
    http://e-storebasyirah.blogspot.com/p/pembukaan-e-store-basyirah.html

    ReplyDelete

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.