Friday 19 August 2011

Oreo Cheese with AI 10



"Hensem kacak baik.Untuk aku, aku kata kau comel.Ya?"


Sampai dirumah Karin, Papa Karin sedia menunggu diruang tamu.Warna coklat pekat senada sebagai cat dinding dan mungkin, tema diruang tamu itu dengan cahaya lampu buat rumah sebesar itu semakin gah.Tiba-tiba Qalisha rasa berdebar-debar.Tangan dah macam dekat zaman air batu Antartika.Kenapa tiba-tiba rasa macam dekat rumah bakal mak mentua ni?macam tak biasa je dengan rumah Karin.Eh, mungkin tak biasa pergi rumah Karin bila ada Qarl Adam dengan Uncle Ghani.Mungkin kut.

"Assalamualaikum uncle."

Senyum.Dato' Ghani sudah bersiap dengan baju batik hijau muda.Seperti mahu keluar.

"Waalaikumussalam Qalish.Masuklah.Karin ada dalam bilik dia.Kalau nak naik, naiklah.Kalau tak, duduk sini tunggu dia.Kejap lagi dia turun.Lepas tu kita keluar.Ya?"

Macam nak jatuh rahang bawah bila Papa Karin keluarkan perkataan 'keluar' dari mulut.Maksudnya, kena makan luar.Maksudnya, kena makan tempat grand-grand-super-super.Maksudnya, Qalish salah tema dengan pakai super-duper-selekeh.Maksudnya..

"Qalisha.Jom.Masuk dulu.Atau, awak nak ganti Marchan dekat luar jadi guard terhormat?Berdiri kat sini dari tadi, tak sakit kaki kaki tu?"

"Tulah, lain kali, belajar buat daya tahan badan.Berdiri lebih sikit dah lenguh.Arwah nenek Qalish, lagi power tahu tak?"

"Balas servis kan? Yalah.Qalisha Ardini ni memang mulut kalau nak membalas servis ni, tak habis dek hujan,tak lekang dek panas lah kan."

Muka tanpa riak Qalisha berubah.Mulut dah mula rasa nak ketawa.

"Hahaa.Apa jenis peribahasa tu?Tak kena dengan ayat pun?Nak jadi Karam Singh Walia ke,nak jadi pengganti David Teo? Kelakarlah Adam ni.Hahaa"

"Ketawalah puas-puas.Ada cili ada api, Adam balas nanti."

"Muka merah tahan malu ya? Inche' Adam?"

Ketawa yang tersisa dimatikan bila Adam tiba-tiba diam.Langkah kaki Adam-Qalisha mula menuju ke arah air terjun buatan di sisi tepi rumah Banglo Dato' Ghani. Hasrat untuk masuk ke rumah, terbantut.

"Adam?Marah Qalish ya?Qalish tak berniat pun nak ketawakan Adam.Serious ni.Qalish minta maaf?"

Muka tanpa riak Adam mula tersenyum bila Qalisha menunjukkan riak bersalah.Adam masih diam. Tangan mula menaip di papan kekunci telefon bimbit yang dari awal sememangnya di tangan.

Qalisha diam.Juga tak beriak.Rasa bersalah.Rasa dipersalahkan.Rasa perbuatan yang dilakukan amat salah dengan ketawakan Adam tadi.Eh, rasa penambahan imbuhan 'salah' diaplikasikan dalam fikiran ni,maksudnya, otak dah tak betul ke apa ni Qalisha?

Tiba-tiba, telefon bimbit Qalisha berbunyi.Tangan pantas meraba handbag ditangan.Namun, kepala masih tak lepas memandang Adam dengan riak mahu-minta-maaf.Adam!

trett teet teet tereet teet

Message from undefined number.

Haish,siapalah ni ha?Orang tengah dalam masalah rasa bersalah ni ha.Bising tahu tak!

Hai.Nama I Qarl Adam.Boleh berkenalan?Muka awak comel bila ketawa tadi.Tak sangka Qalisha ni, pandai juga ketawa.kan?


"Qarl Adam!"

"Apa, Qalisha Ardini!"

"Nak kena kan? suka buat benda aneh-pelik dalam dunia.Mana dapat nombor Qalish ni ha?"

"Karin Si-informer-terhebat-alaf-ini yang kasi.Satu kesalahan ke?"

"Bukan kesalahan lagi Inche' Adam.Tapi ini satu jenayah antarabangsa.Sebab, nombor telefon Qalisha Ardini ni limited addition.Jadi, yang miliki nombor dia adalah orang-orang tertentu sahaja.Yang lain,Ibarat ada papan tanda danger-no-entry.Especially lelaki."

Muka Adam mula ketawa sambil tangan menekan dada.Wajah merah tadi kelihatan pucat bila Adam mula ketawa.Lagak macam Qalisha baru buat tarian agogo-ala-badut-sarkas.Cis.

"Dah kenapa ketawa ni?Kelakar sangat ke?"

"Tahap kelakar nak terpusing urat dekat medulla oblongata ni,Qalisha.Haih."

"Yalah.Qalish ni macam badut sarkas kan depan Adam.Asyik ketawa je.Bagi tae-kwan-do nanti, baru Adam tahu siapa Qalisha Ardini ni tau."

Bunyi tapak kaki berlari turun dari tingkat atas buat gelak-ketawa Qalisha dan Adam berhenti.Tahu Karin dah  siap sedia.Turun padang.

"Ehem.Ehem.Ketawa kau orang boleh buat rumah ni bergegar macam kena taufan Katrina tau tak."

"Taufan Karinna ada?"

"Aih.I pula yang kena ya?Dahlah.Jom.Kita pergi makan.Qalish, jom."

"Qalish je? Qarl?"

"Kenapa tiba-tiba gedik ni?Jomlah Inche' Qarl Adam.Jom.Sayang,uhukuhuk."

"Kau kenapa?"

"Nak muntah darah hijau sebut perkataan eww eww tu."

"Muntah sekarang, aku kasi kau minum air tempayan depan tandas Marchan kat luar tu.Nak?"

"Gila kejam kau Qarl.Kata sepupu.Aku tumbuk kau nak?"

"Ceh.Kaki hang tu pendek.Nak tumbuk aku konon."

Suasana mula bingit dengan gelak-ketawa-gurau-senda Qarl-Qalisha-Karin di tempat duduk belakang Mercedez Benz C-Class yang dipandu Dato'Ghani.Dato' Ghani hanya tersenyum.Keletah anak-anak,kalau berjumpa, rumah yang sunyi pun jadi bising macam kapal terbang nak jatuh.

"Cakap baik-baik sikit eh.Aku pakai high heels la."

"Ya ke? sama je kut. Tak tinggi pun "

"Karinnn"

* * * * * *

Aily - Sorry.sorry. beribu-kali sorry.ini baru sempat update.Laaa.

kepala I pening macam nak gila,
bila you selalu ada,
I rasa nak ketawa sahaja.
terima kasih jiwa







Tuesday 2 August 2011

Oreo Cheese with AI 9


"I do crying inside my heart.Readers.I need an answer.there's a lot of question.Lelaki memang buat otak aku pusing.Bhai"

Is this a coincidence?I need laughing gasses


Baju kebaya biru muda dipadan dengan tudung bawal warna coklat pekat.Tak eloklah kalau semua pun nak biru kan?Nanti ada yang ingat budak perempuan ni turun dari Planet Pluto.

Qalisha menilik wajah dicermin.Sengaja dibiarkan wajah tanpa solek.Sengaja mahu buang rasa jatuh hati pada Adam dengan buat muka begini.pastinya nanti Adam akan jauhkan diri dari dia, dan hati Qalisha masih milik diri itu sendiri.

Tepat 8.30 malam, pintu rumah diketuk.

'macam mana tahu, aku tak suka bunyi hon?Haish Adam ni.'

"Assalamualaikum Qalisha Ardini."

Dengan senyuman dan gaya ala-ala escort diraja, memang boleh buat semua perempuan kat dunia ni cair dengan Adam.

"Waalaikumussalam Encik Adam.Terima Kasih jadi driver terhormat hari ini"

"Well, I memang gentleman.Baru tahu ke?"

"Berat tak bakul tu, angkat sendiri?Encik Adam?"

"Tak.Bila ada seorang perempuan seperti Cik Qalisha yang jadi escort bawakan."

Serious.muka tanpa riak, tapi membalas cara ala nak jual gula melaka.Ini harmless flirt ke hape?

Dalam kereta, suasana masih sunyi.Adam-Qalisha masih diam bisu.Ibaratnya, kalau bunyi kentut volume yang paling low pun boleh dengar.eh Jijik sangatlah kentut!

"Awak nampak lain malam ni."

"Memanglah lain.muka tak letak apa-apa.Lain macam beruang banyak bulu kan?"

"Tak.macam bidadari turun dari pelangi."

"Malam-malam mana ada pelangi.Nak ayat pun, agak-agaklah pak encik."

"Serious ni.Cantik."

'Adam ni.suka buat aku blushing.Orang nak jauhkan diri dari dia, lagi dia dekat dengan hati ni.Adam, kau guna ubat guna-guna jenama apa haa'

Tak sedar yang warna baju mereka sama.Biru.Is it a coincidence?

"Qalisha, memang suka biru ya?"

"Kenapa?"

"Dari bag sandang haritu, diary, sampai baju, pun nak biru."

"Ada masalah kah? Menyusahkan Adam kalau Qalish minat biru?"

"Tak.sebab It's sweet on you."

'Qalisha.kau sengaja act macam cool.cuba nak jauhkan diri dari aku ke? Masalahnya, hati aku sekarang, pada kau.Manis.By hook or by crook, you will be my angel that have the same feeling like me,Qalisha Ardini.'

"Bila Adam datang sini semula?"

"Lepas ni, dah sibuk nak trial.Dah tak ada masa kut datang sini.Kenapa,rindu?"

"Mana ada."

"Cakap je lah rindu.Okay.Nanti Adam kasi nombor.Kalau rasa rindu, tulis Imissyou.For sure, tiga saat Adam balas."

"Gediknya.SPM pun tak habis.Ada hati nak kacau orang"

"It's a fact, right? Kita manusia.bukan robot.Ada perasaan kan?"

"Tahulah dia tu baru menang Robotik Antarabangsa."

"Mana tahu ni?Are you stalking me?"

"Kalau Karin asyik promote dia punya cousin memanjang, cerita itu-ini, mananya tak keluar semua cerita fasal  Inche' Adam ni haa."

Lima belas minit dalam kereta, acara sindir ala sarcastic cukup buat Qarl Adam dan Qalisha merah muka.Saling sindir-menyindir, tapi muka dua-dua nak merah dah kenapa?



Aily : Maaf lambat.*do make me smile again with your comment.*Cause I feel like want to cry.hikmahnya, lain kali jangan suka stalk wall orang.ya?

I busy macam hapa.
Thank you tau sebab baca.