Saturday 10 December 2011

Oreo Cheese with AI 13

Mangkuk harmie yang panas diletak tepi.Tangan mencapai mug horlics sambil dibawa ke mulut.Mata masih fokus dengan nota Blood Circulation yang dah diringkaskan menjadi notebook kecil warna biru.Kaki tanpa sedar diangkat memeluk tubuh.

Cuti sabtu dan ahad sememangnya tak dilepaskan dari buku.Untuk beberapa bulan ini, kuatlah hati,Kisah Adam masih cuba dilupakan dari merajai hati.

"Eh kau ni, makan la.Orang dah tolong masakkan pun tak terima kasih.Aku sorokkan karang semua nota kau nanti.Chill lah babe.Nanti kau stress siapa nak jawab kat Adam? Aku lah juga kan?"

"Apa kau kata? Adam? Ooo..masih jadi dia punya private investigator so-so lah ni eh?"

"Yaw mam! masih dan akan terus berkhidmat."

"Suka hati hang la.Aku malas nak kisah.Berchenta dah ni minah, nak hafal blood concept ni ha."

Karin masih geram dengan tingkah Qalisha yang masih tekun menghadap nota.Dari semalam, nota-nota yang dibawa dah separuh dibaca.Tapi, budak ni masih tak mahu lepaskan nota tu.

"Ye la macam ni orang nak merajuk la macam ni orang masak takmau makan kan.Ye la aku masak maggie je kan tak sedap kan."

"Alooloo merajuk ke? shayang-shayang I ni la.Ye la aku makan.Senyum la sikit.Tapai basi pun lagi sedap Karin dari muka kau buat macam tu."

"Amboi mulut mu dah bayar fee belum? Aku cabai nanti, naya tau"

"Ye la siapalah kita nak dicabainya.Ye laa"

"Ni siapa yang nak merajuk dulu ni?"

"Haha dahla makan.Hao liao!"

Harmie yang separa panas dicapai dan dimasukkan ke mulut.Terasa kelat.Payau ditekak meskipun biasanya, harmie Karin yang paling sedap kalah Mak Jah Jual Mie depan rumah tu ha.Tapi, sekarang ni memang rasa tak lalu.Sebab papa, atau sebab exam? Haila jiwa jangan la kau macam ni dengan aku bila nak exam ni.Janganla..

"Kau ni, sihat tak?"

"Kenapa kau kata macam tu?"

"Aku tahu kau sorokkan hati kau yang sakit tu dari aku kan? Aku kenal kau dari form 1 la.Lima tahun tak cukup ke untuk kau percaya pada aku, cerita pada aku,hm?"

" Aku tak nak susahkan kau dengan semua yang aku hadapi.Biar aku yang jalani.Tak mahu kau beratkan hati nak periksa ni.Tu tak bermaksud sayang aku pada kau hilang.Tu sebab aku sayangkan kau.Terlalu sayang Karin."

"Heh kawan.Kita ni friend indeed jugakan?Kalau aku boleh cerita kat kau macam-macam, ketawa menangis dengan kau, kenapa tak bila kau menangis,sepi aku pun perlu tenangkan kau, buat kau ketawa lagi?Come on, cerita.Aku dengar."

Harmie yang tinggal separuh diletak atas meja kaca.Tangan Karin mencapai telapak tangan Qalisha dipeluk.Bukan untuk kata yang I lend your shoulder.Tapi untuk sama-sama merasa setiap lintasan perasaan Qalisha.Untuk sama menghadapi semua yang Qalisha hadapi.

Qalisha yang terdiam dari tadi membalas pelukan Karin.Air mata yang disimpan berbulan akhirnya keluar.Akhirnya rasa sebu yang menjeruk jiwa terlepas.Rasa disayangi terasa tak ingin dilepas.

Semua rasa hati dilepas.Tentang Ma,Pa, tentang semua.

Papa yang dulu rapat dengan Qalisha dah ada pacar baru.Dah mula berkawan dengan Janda anak empat.Yang akhirnya kerja entah kemana, sibuk bercinta.Qalisha bukan lagi anak tersayang.Anak janda tu, yang dibeli itu-ini.Siapa pun sakit hati la.

Betul la.

In every successful man, there's a woman.And in fall of successful man,there's another woman.

Papa sekarang dah tak pernah kisah Qalisha dah makan ke belum, dah tidur ke, tidur kat mana, duit belanja berapa, semuanya dilepaskan ke Mama.Dan Mama pun tak pernah salahkan Papa.Cinta dan sayang buat dia diam dan terus buat tak tahu kalau Papa balik tiap malam nak tampar,nak marah.Pada Mama, cukup dengan ikatan yang ada, everything is just okay.Tapi, mama tak tahu, yang diam je tu, aku.Yang sakit hati tu, aku.Mama tak pernah tahu.Cinta, kenapa cinta tu buat perempuan tu lemah?Kenapa?

"Sebab tu kau paksa diri kau untuk belajar dan belajar je kan? Sebab kau sorokkan benda ni dari aku,kan?Qalish, mati pun aku sanggup kalau tu buat awan dekat kepala kau tu tak memeram."

"Awan?"

"Cerebrum and that cerebellum tu.Bentuk dia macam awan.Kan."

Qalisha ketawa.Karin, nyaman aku rasa bila dengan kau.

"Aku tahu aku buat lame joke je. Tapi, kau ketawa kan? Haa maksudnya, lepas SPM habis, aku boleh apply kerja clown dekat M'cD nanti.Beriban gaji tu.."

"Banyakla.SPM pun tak mula, nak habis macam mana ha?"

"Yela.Kau ni nak berangan pun tak boleh."

"Dah la, makan."

- - - - - - - -  - - - - - - - - - -

Tangan mencapai kotak empat segi pemberian terakhir Adam sebelum balik ke ibu kota.Kotak biru cair itu nampak comel dengan reben ungu di atas.Adam..

"Saya tahu semua tu harta bapak saya.Tapi, yang ni, ikhlas.Handmade.Nanti, kalau rasa macam r i n d u tu, buka dan Qalish akan nampak saya senyum.Ya manis?"

Penanda buku dengan kertas kecil berlipat terselit ditepi dipandang.Penanda buku tu dibuat dari kertas keras yang diikat reben polka dot warna biru laut.

Do smile.Sebab, awak nampak manis kalau senyum.Kalau tak, nanti saya datang dalam mimpi, ketuk kepala tu tau.Study smart, not study hard.Jaga diri.Pray for your success.-Adam.
(Kalau rindu, missed call.Nanti I call back,sunshine.) >;<

 Kalau rindu.Rindu? Maknanya, kalau aku call, dia kata aku rindu.Maknanya, r i n d u.Euuuuu.

"Ha, aku report kat Adam kau rindu dia.Aku report nanti.Haha"

"Memandai je.Mana ada.Takdela."

"Elelee tu blushing tu.Jangan cakap kau pakai revlon lagi.Dah basi la"

"Cakapla.Nanti aku cerita kat dia kau suka bangla depan kedai tu, kau kata dia handsome.Cakapla."

Tangan Karin yang sibuk mengeringkan rambut dengan tuala Harry Potter hitam pekat mula mencapai kotak empat segi dari Qalisha.

"Ala.pulang la."

"Auuu comel! Adam kasi eh? sweet la korang ni.Dah declare belum?"

"Banyakla kau punya declare.Kan kawan tu.Macam kau.kan?"

"Orang perempuan dengan lelaki kalau kawan, tak kata kalau r i n d u.Takde nya la.Ni dua-dua stiff kan.Takpe, nanti habis SPM, aku jadi korang punya cupid love.Ye shayang ye?"

"Nanti, aku dulu yang sandingkan kau dengan bangla tu.Dia on je kalau kata kau nak kahwin dengan dia tu."

"Muka lawa ni, kau nak sanding dengan bangla? Weh, carilah yang cool sikit.Macam Dude Harlino sikit.Lepas tu macam Robin hood sikit.Ni, bangla? tak hot langsung tau dia ni."

"Dah la nak hafal clotting factor lagi bagus dari layan kau dengan bangla tu."

"Tak baik merajuk, nanti kena jual."

"Ye la.Jual la."

"Ceee..Qarl Adamm"

"Ceee.. bangla legam."

Kalaupun cahaya tu ada, sinar tu ada, tapi kalau tak bersujud padaNya, dan percaya tentang cintaNya, semua tu takkan pernah bawa pada ketenangan.Tuhan ada setiap cara untuk buat kita kuat dalam setiap dugaan yang dia kasi.Fainnamaal usri yusra.Innamaal usri yusra.Kembali padaNya, bila rasa tak kuat.Nanti akan ada keajaiban dalam ketenangan hati.Islam tu cukup indah.Islam tu cukup sempurna,pada dasarnya.Pertemanan pada asas Islam, buat kita lebih kenal siapa sayang,siapa lawan.

R i n d u? ada, sebab kita kan teman, teman yang kawan selamanya.Aku cuma tak tahu bila perkataan r i n d u tu bawa aku pada kau.Tapi, buat masa ni, klasifikasikan perkataan tu buat aku geli.Ke, malu? Tak kisahla.

- - -- -  - - - - - - - - - - - - - - -

Hai, r i n d u, tu ada, kawan.Kita kawan selamanya.Ye bro ye?Baik-baik di utara *,*-A/9 Years smile and laugh.
Teman, kalau kau baca, aku rindu kau.Baik-baik kerja tu, tau.-Akmar.
Terima kasih support aku tau.-Maria.
Readers, awak ni comella!

Smile, and keep strength.Do laugh And trust in Allah.He know what the best for you.
May Allah Bless

No comments:

Post a Comment

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.