Saturday 3 December 2011

Oreo Cheese with AI 12

Mira Ilyani. Tiba-tiba rindu pada Mira. Kenapa ya?

Kepala Qalish dari tadi rasa macam nak hantuk-hantuk dinding.Takpun, rasa macam nak rendam dalam air laut Antartika yang suhu negative degree.Ngeee pening.pening..

Minggu ni, sibuk dengan extra class, buat Qalish lupa pada Mira.Bukan sengaja, cuma, terlebih-terkurang-oksigen dalam badan kut.Jalan macam dah tak jejak tanah je bila sibuk dengan macam-macam aktiviti nak dekat SPM ni.Dengan prefect farewell party, kena jadi emcees lah.Dengan motivation by Osman Affan lah, dengan farewell dinner form 5 pun goreng sekali dia kena uruskan, memang rasa macam jadi super girl pun ada.Juga, hilang dah rasa pelik bila Adam dah takda nak jadi guru tak bergaji ajar Additional Mathematics. Sungguhlah, kenapa tiba-tiba rasa pelik semacam ni, nak jiwang-liwang ini maicham seniorita?

terlebih hormon kut, sekali lagi ketawa.

Monosodium glutamate or so called M.S.G is used for preserve food..
Calcium sulphate is used in making plaster of paris for bone feature..
Example of soluble salt, S.A.P [sodium-ammonium-potassium]..

Tangan Qalisha leka menconteng nota dari hafalan untuk chapter salt.Semua benda kena hafal, semua benda pun kena tulis. Bila exam, berkajang kertas nak habiskan tulis esei.Lama-lama rasa dengan fakta chemistry pun dah masuk fizik.Dengan teori pun dah taram masuk biologi.Lama-lama, kidney transplant pun dah boleh bercampur dengan nuclear reaction.Memang rasa macam nak kena bakar goreng masak cili api lah tu kan.

Hailah, waktu cepatnya berlalu.Rasa macam baru semalam je jadi junior SM Bayu ni.Rasa macam baru semalam pakai tudung sememeh masa orientasi form 1. Rasa macam baru semalam kena buli dengan senior yang maha kejam.Pun, rasa macam baru je mula berkenalan dengan Karin.

Sebulan lagi untuk habiskan masa dengan class-tuisyen semua.Rasa macam, takut pun ada.Rasa macam sejuk-kelam pun ada, nak jawab soalan SPM nanti.Ya allah, blessed me.

Diari biru dikeluarkan dari beg, kepala yang pening diurut perlahan.Janganlah migrain,Tolonglah be good with me Inche Kefala.Please.please.

Qalisha memang tahu yang kalau dah mula migrain, memang kepala selalu jadi mangsa kena ketuk je bahana sakit macam kena rebus.Memang masa tu, dah tak kira sakit kena ketuk ke apa, memang macam nak kena rebus je kepala tu haa.

'treett.treet.'

Tertera nombor Karin di skrin telefon bimbit.

+ Sayang, kau kat mana? study sama jom.Aku mengantuk la

Banyak kau punya sayang gula karin!


- Anja, aku dekat luar ni.Tengah buat esei paper Puan Mar.Kau tahulah nak belajar kat rumah macam mana kan?Syurga lah sangat.

+Macam tu, lepak rumah aku la.Takda siapa ni ha.Adam dah balik.Lusa sekolah mula penggal baru kan.Aku bosan ni.Kalau boleh, tidur sini la.

-Fine.Fine.Aku balik kemas barang dulu.Lepas zohor aku sampai sana.

+Okay.Take care.Iloveyou.

-Love you,Anja.

Tulisan esei untuk soalan Alloy and manufacture segera dihabiskan.Tangan tangkas mengemas alat tulis yang bertaburan atas meja.Sambil otak kembali melayang pada pesanan ringkas Karin.

'Adam dah takada.'

Maksudnya dia akan terus hilang.Macam mana dia datang dengan tiba-tiba, macam tu dia pergi.Macam drive-thru. Tapi Adam, kenapa dalam waktu yang singkat kau datang tu, kau buat aku yang batu ni, jadi lembut hati? Qarl Adam, pergilah, saya terima.Pergi.

-----------------------------------------------------
"Nak pergi mana bawa baju semua?"
"Isha nak pergi rumah Karin.Nak belajar sana."
"Mama tahu Isha sedih dengan semua ni kan? dengan Papa semua, Isha sakit hati.hm?"
"Isha tak pernah cakap apa-apa pun Ma.Isha nak pergi jumpa Karin ni, lambat dah, bai Ma,Assalamualaikum."

Isha diam Ma, tapi Isha sakit.Isha perit.Kenapa semua yang Isha jalani, tak macam teman dekat luar sana?Kenapa hidup Isha tak ada happy family macam orang lain?Isha kuat depan manusia luar sana, tapi, bila sendiri, Isha rasa yang Isha tak mampu nak bangun.Isha sepi Ma.

Tuhan, maafkan Isha sebab salahkan takdir.Tapi Isha tahu, Allah selalu ada dekat dengan Isha kan?Ini kekuatan tu.Ini ubat untuk rasa hati tu.Terima Kasih Ya Rabb.'

Sering, hidup tak pernah sempurna.Tapi, andai syukur tu ada, Percaya pada cintaNya, kuat tu akan ada.Kuat tu akan temani,Andai merasa ingin menyalahkan takdir, percayalah juga yang 'jatuh' tu yang akan ajar kita cara untuk bangun pada masa hadapan.Allah,Bless me.

---------------------------------------------------------------------------








No comments:

Post a Comment

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.