Friday, 24 June 2011

Oreo Cheese with AI 6




Petang Selasa.Bosan.Karina dari awal pagi sudah keluar.Katanya, program hari itu sudah penuh dengan jadual harian.Kelas tambahan-Tutorial-kelas malam.Susah belajar di sekolah elit macam tu.Eh,sekolah budak Nerd lah! Haha..

Ingat, bila bosan di rumah sendiri, keluar, dapatlah berbual bergelak dengan Karina.Belajar sama-sama.Sekali? Dalam rumah sebesar ini, dia tinggal sendiri.Melanguk.Buku yang dibaca, ditutup.Bosan.Tiga jam ber ‘dating’ dengan term and law in physic, buat segala macam urat tersimpul.Huh.Tinggal lima bulan saja lagi Adam..

“Adam, mau apa-apa nggak?Kalo mau makan, bibik udah siapin.Tinggal makan aja yah?Mahu air nggak?”

“Takpe bibik.Saya buat sendiri nanti.”Soalan dijawab.Tak endah.Riak bosan jelas tergambar di muka Qarl Adam.

“Kok nggak keluar hari ini? Biasanya ya, kalo Karin, dia bosen, dia ke taman.Coba kamu keluar.Pasti tenang nanti.”Sambung bibik Ani.Prihatin.

“Ya bik.Nanti saya keluar ya?”

Dan hasil pemberitahuan bibik, Qarl kini berjalan sendirian di taman berdekatan kawasan rumah kos sederhana rendah.Dimana?Entah.Motor yang dipinjam dari Pak Seman,pemandu Karin,dibawa tanpa tujuan.

Dan akhirnya,tiba di sini.Jeritan dan ketawa kanak-kanak jelas menggambarkan riak gembira.Pandangan diluaskan.Tanpa sedar, Qarl memandang gadis yang berhampiran dengannya.Senyum.Kelihatan gadis itu sendirian memandang tanpa arah juga.Wajah itu kelihatan tenang.Tanpa riak.Jelas gadis itu tidak perasan akan dirinya diperhatikan.Comel!

Tiba-tiba, gadis itu didekati seorang kanak-kanak.Kanak-kanak itu menghulurkan tangan dan memeluk gadis itu.Mereka saling ketawa.Manis sekali.Mata tak lepas memandang kedua-duanya.Saling berjanji.

Qarl Adam terus-terusan memandang gadis itu.Tanpa mahu menyapanya, tanpa mahu mendekatinya.

Walaupun hati sendiri tahu yang Qarl bukan setakat mahu jadi kawan untuk gadis itu untuk hari ini, atau esok.Tetapi untuk selamanya.Jadi kawan, dan sahabat.Mungkin hati gadis itu sendiri.
Ya.Gadis itu Qalisha Ardini.Satu-satunya perempuan yang buat dia semakin tegar mengejar impian.Untuk 
berjaya dalam hidup.Untuk jadi lelaki yang berbakti.Entah kenapa, Itu janji Qarl pada diri sendiri.Dengan izin Allah,Insyaallah.

Sejak bertemu Qalisha, Qarl dapat rasakan Qalisha bukan perempuan sembarangan.Dia punya adab.Maruah.Juga, pemalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.