Wednesday 29 June 2011

Oreo Cheese with AI 7




"I don't know why I like you.Everytime I ask my heart, they don't even know the answer.MrRD" *Aily's*

Hari minggu, Qalisha bergegas mencapai basikal dan bag sandang disangkut ke bahu.Destinasi utama, Taman.Kawasan tu saja yang tenang.Satu-satunya tempat untuk dia bersendiri.Pondok di tepi gelongsor, dah macam rumah kedua.Rasa bebas.Tenang.


Dah lama tak jumpa Karin,Cerita soal hidup yang tak pernah habis dengan Karin.Haiilah,Qalish, baru dua hari kutt.Hati berkata.Ketawa.

Kelas tambahan dalam setiap hari cuti untuk pertengahan tahun ni, buat hidup jadi tak teratur.Mama dengan ayah,sibuk kerja.Jumpa bila waktu malam.Mama?Masih sebu.beku.Dah bertahun.Qalisha dah lali dengan layanan ‘istimewa’ Mama.


Kelmaren, Karin ada bercerita tentang Qarl Adam.Baiklah-handsomelah-comellah-bertanggungjawablah-pandai menyanyilah-Bijaklah.Apa je yang tak disebut tentang sepupu dia yang seorang tu? Gaya macam buat promosi iklan syampoo je.Tapi, pada Qalisha, typical lelaki yang selalu dia jumpa, berlagak perfect.Tapi sebenarnya perasan sendiri.Konon baik hati,Tapi sebenarnya buaya.Boys always act like he’s own this world.But they’re just being stupid when they always ask about stupid thing they could think.So, how do they becomes the owner of this world? Macam hampeh je!


 Mungkin terlalu paranoid.Tapi, it’s typical.Right?


Lima minit perjalanan ke taman, kaki mula menuntun basikal ke sisi pondok.Tapi..


..ada seorang lelaki dengan cake di atas meja, green-tea dan..note book.Eh, itu bukan note book.Dairi!Haiishh.


Tanpa wajah pun, Qalisha tahu, lelaki tu Adam.Qarl Adam.Yang konon digelar Mr nearly perfect oleh Karin.Haihh mamat ni suka menyibukkan-diri dalam hidup orang tau!


“Ehem.Assalamualaikum Encik Adam.Daulat duli yang manakah buat anda terjun dari langit sampai ke tempat beta bertapa?”


Sudah tiada malu.Mungkin segan, tapi, mamat ni selalunya mulut dia manis.Jadi, being sarcastic memang pilihan utama.


Qarl menoleh ke suara yang memanggilnya,Adam.Suara yang dingin dengan kata-kata masam-kelat-pedas-pahit dalam nada yang bersahaja.


“Duli dari Sultan Mahajanapada, tuanku.Daulat, tuanku.Patik ke sini, mahu berbicara dengan tuanku.Boleh?”


“Andai sekiranya, beta bilang tidak boleh?Adakah tuan hamba akan keluar dari tempat pertapaan beta?Tidak, bukan?”


Qalisha sekadar berbahasa.Dia cuma mahu bersendiri hari ini.Tapi, Si Adam yang satu ni, suka sangat kacau hari yang tenang lagi aman harmoni ni tahu?


Mata dihala ke arah kek Oreo dari Secret Recipe. Budak ni buat pakatan murni dengan si Karin ke hapa sampai tahu makanan dengan air pilihan aku?


“Siapa bagi tahu kau yang aku suka kek Oreo Cheese dengan air green tea ni?”


Qarl dengan muka selamba tanpa riak tidak menjawab.Cuma senyum yang tak hilang dari tadi jadi pemanis pulut.


“Cik Karina yang jadi informer terbaik saya.Puas?”

Qalisha dah rasa macam kena tumbuk dengan lesung batu.Suara Qarl, meski tanpa riak, tetap buat dia malu sendiri.Mesti banyak benda tentang dia yang dah jadi bahan suara-berita antara Qarl dan Karin.
Buku diary biru di sisi meja dicapai.Beg di letakkan di kerusi hadapan Qarl.


“This is mine, right?”


“Yeah.It’s yours.Selalu tinggal diary merata-rata.Kalau saya dah tak ada kat sini nanti, siapa nak simpankan diary ni?Buatnya ada orang jumpa nanti?kan haru?”


Qalisha sedaya upaya buat muka tanpa riak.Perasaan malu diketepikan.


“Allah akan simpankann” Senyum.Kau nak kata apa lagi,Qarl?


“Yeah.”Qarl dah tak tahu nak kata apa.Speechless.


Dua jam berbual dengan Qarl Adam buat Qalisha mula rasa selesa.Selesa macam seorang kawan.Selesa bergelak-ketawa.Qarl Adam memang mulut manis.Tapi, dia tahu macam mana nak maniskan mulut tanpa buat lawak ala budak tak habis sekolah tadika.


Cuma, dia berbahasa kau-aku dengan Si Adam tu.Tapi, Adam tetap dengan Saya-awak yang tak bertukar dari pertama kali berjumpa.


Kek yang Qarl Adam bawa dah habis dimakan.Green-tea dah jadi bahan pencuci mulut.Buku nota dari bag dikeluarkan.Wajah Qalisha bertukar serious.Mata ditumpukan pada helaian nota.


Qarl senyum.


Qalisha tu, bila dia buka buku, bunyi bom kat sebelah pun, dia tak hirau.Tapi, dia akan tetap layan kau kalau kau tak bersuara selagi dia tak pandang kau.Kalau nak jadi kawan dia, Jangan kacau.Buat macam kau nampak papan tanda don’t disturb kat muka dia.Faham?


“Adam, boleh tanya?”


“No sweat.tanyalah.”


“Soalan 7.1 B ni macam mana? Tak faham.Boleh ajar?”


Buku additional mathematics by oxford di halakan ke arah Adam.Pen disua.
Soalan demi soalan.Perbincangan yang tak dirancang.Adam memang pandai-bijak-pintar segala.Additional mathematics dah dibuatnya macam makan coklat sambil pejam mata.Aduhai,Qalisha, sejak bila kau pandai puji lelaki ni?Luar alam betullah!


Aily's-Soryy lambat.Busy sekarang.Makan pun tak lalu.Muka dah kelam semacam.haha





No comments:

Post a Comment

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.