Friday, 17 June 2011

Oreo Cheese with AI 4




Jari telunjuk diarahkan kepada Qarl.Tiada riak lain, Qarl Cuma senyum.Inilah pertama kali Karin Nampak Qarl Adam yang satu ni, jatuh hati pada perempuan.Haissh, lelaki.Muka je nampak hot.Badan je tough, dalam hati, ada taman bunga.Bunga raya lagi.Ceeith.

“Entah.Pada aku, Qalisha tu Nampak, macam special.” Senyum.Hailah langit, kau ni cantik juga kan?Macam Qalish.Erk?

“Bukan macam.Memang special pun.Kau nak aku cakap kat dia, yang kau suka dia ke?”

“EH.Jangan dulu.Aku nak kenal dia perlahan-lahan.Aku nak kenal dia sebagai kawan dulu.Boleh?”

“Actually kan Qarl.Qalish tu, susah sikit.Kalau dengan perempuan, memang dia friendly nak mati.Tapi bila dengan lelaki, usually dia cepat bosan. Stiff. Ada ja yang dia rasa lelaki tu tak okay, lelaki tu suka ambil tahu hal harian dia lah,Suka tanya soalan bangang lah.Dia susah sikit nak kasi hati dia kat orang.Dah ramai orang tanya aku fasal dia.Cakap dia special so ever lah,nak jadikan matair-lah.Tapi, dia buat dek je.Macam tak ada perasaan.Tu yang susah tu.”

“Sebab tu, aku nak belajar kenal dia.Boleh kau tolong aku?”

“Apa?”

“Aku nak tahu.Fasal dia.Boleh?”

Diam.Minda Karin cuba mencerna memori baru yang diterima dari Qarl Adam. Qarl nak kenal dengan Qalish? Qalisha yang dari dulu sampai sekarang, perempuan yang lurus-bendul-tahap-kronik bila bercakap soal hati dan perasaan.Boleh ke?

“Kau nak kenal dia?”

Mata Qarl dijulingkan.Tangan Qarl mula menarik rambut Karin yang sengaja dibiar lepas.

“Tak.Aku nak kahwin dengan dia kat Siam.Kau ni,cakap Qalisha tu stiff, Yang kau tu pun lembap tak tau.Cakap orang lebih, dia pun serpih sama tak sedar.”

“HOI.Hang ni memang ah.Perosak bahasa Negara bangsa betul!Mana peribahasa hang dok pakai ha?hang ni orang Nepal ka, Vietnam ka? Dok Mesia ni hang pakai passport Antarabangsa eh?Bahasa main sedap nenek-moyang-laki-kakak kau ja.Aku ketuk kepala hang,teruih tak tau cakap Melayu baru hang tau.Aku tahu lah hang ni campuran british sikit-sikit,Tapi bapak hang yang asal memang orang putih pun, bahasa Melayu dia lagi terrer dari hang.Choi!”

Karin bangkit dari kerusi.Kaki mula melangkah ke arah kolam air tempat Qarl berdiri.Merenung bulan purnama.Kuasa Allah.Tiada siapa yang dapat menyangkal.Maha berkuasa,Maha Agung.

“Cik Karina sayang, Hang dari dok bebel kat sini lebih-lebih, baik buatkan aku susu lembu ka,nestum ka,Kari ayam ka,Milo panas ka.Baru ada orang nak masuk meminang.Ni kalau perangai macam pompuan,Sampai tua lah takdak orang nak.Cuba jadi perempuan sikit.”

 Qarl senyum.Sengaja buat temperature darah Karin meningkat secara mendadak.Sengaja buat mulut Karin membebel.Kalau Karin tak ada, tentu hidup ni sunyi.sepi.Karin memang perempuan yang kasar secara luarannya, tapi, Karin tetap seorang perempuan.Yang suka merajuk.Yang suka membebel.Yang comel.Yang manja.Hah.Typical perempuan.

“Incik Qarl Adam,kalau air paip, nak?Kahkah”

Suasana rumah yang sepi,mulai riuh.Tinggal mereka berdua di rumah bersama bibik.Mama dengan papa?Dua-dua sibuk dengan hal masing-masing.Dengan spa, business,mesyuarat,sibuk memanjang.Sampai Karin rasa,dia dengan Qarl dan Qalish lebih rapat dari dengan family sendiri.Semuanya jauh.tak kira kakak,Abang pun sama.Semua pakat nak duduk kat Bandar.Konon nak dekat dengan Kolejlah,universitilah.Alasan menggunung.Bukan Karin tak tahu tiap malam, Kakak dan abangnya pergi melepak,clubbing. Selfish! Sekarang,Karin dah tak kisah itu semua.cukup dengan Qarl dan Qalisha jadi tempat dia ketawa,menangis,berguling.Tak kisah dengan setiap perkara.Bila diri rasa lemah,nak terjatuh, Qalishalah kakak.Qalisha lah Mama.Setiap kali, Qalisha akan ucap benda yang sama,

Distraction is the best thing that you can do right now.Bila dah besar,Kau nak lari sejauh mana,pergi belajar ceruk mana,semua tu dah terletak dekat tangan kau.Sekarang, kau patut fikir,macam mana nak excellent, then dapat sambung belajar tinggi-tinggi.Tapi, bila kau dah kaya,jangan lupa aku ya?Hihi

Tak Qalish.Aku akan ingat kau sampai mati sampai akhir hayat.

“Cik Karina,Hang dah sampai mana?Manchaster?London?Ireland?”

“Dah ah.aku nak tidur.Penat.Kalau layan kau,alamat esok aku jadi beruang panda.Good night pakcik.”
Mata yang dah berkaca cuba dilarikan dari pandangan Qarl.Perkara yang patut dilakukan sekarang,lari dari suasana ni,dan tidur.Yeah.Distraction is th best thing right?

“Hoi.Kau nak tolong aku tak?” Qarl jerit bila nampak Karin mula melangkah laju ke arah tangga.

“Kalau aku rasa kau layak, aku tolong.By the way, esok sambung kau punya story-morry scene tu.Nite.”

“Good night babe.Jangan menangis.Esok jadi panda baru tahu.Tidur elok-elok.Ada apa-apa,missed call je.Pukul tiga pagi pun,aku dengar kau punya luahan-jiwa-rasa tu.Tahu?”

Diam.Sepi.Air mata Karin mulai jatuh.Oh.Rupanya Qarl perasan.Terima kasih Qarl.

4 comments:

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.