Wednesday, 15 June 2011

Oreo Cheese with AI 2





“Tak.Bukan tu. Actually kan, aku ajak cousin aku datang sini sekali.Dia kata dia bosan dekat rumah.Jadi, aku ajaklah dia datang sini.Lagipun, kita berdua je kan?Kau marah tak?”Lembut suara Karin.Macam pijak semut pun tak mati.Itu memang perangai Karin bila dia rasa, tindakannya salah.

Bukan apa, Karin tahu Qalisha tak biasa bila ada manusia comel  berlainan jantina duduk semeja dengan mereka.Dari dulu, Karin tahu itu.Kalau orang yang dikenali, Qalisha biasanya tidak kisah.Tapi, bila berkaitan dengan orang yang dia tak kenal, Sikap paranoid dia datang tiba-tiba.Mungkin sebab dia anak tunggal.Jadi, bila mula-mula bergaul dengan orang yang tak dikenali, rasa kekok.

“Sepupu?Kau tak cakap pun yang sepupu kau datang sini?I mean your house.Mana dia?”

Kepala didongakkan ke arah yang ditunjukkan Karin.Tiba-tiba, Qalisha rasa kulit muka dia berbahang.Merah.

Lelaki yang ditunjuk Karin menghampiri mereka dengan senyuman.Kemas dengan tee coklat muda yang menampakkan susuk tubuh dan Seluar slack biru gelap.Handsome!comel!

“Assalamualaikum.”Lelaki itu menyapa.Kepalanya dihala ke arah Qalisha yang sudah seperti kucing nak beranak.Semuanya serba tidak kena.

“Waalaikumussalam.Qarl.Duduklah.Er,ni Qalisha.Qalish, ni Qarl.Sepupu aku” Suasana sepi dan keadaan Qalisha yang tak senang duduk,serta mata Qarl yang dari tadi tak lepas memandang Qalisha,buat Karin rasa serba salah.Hadoi!

Qarl.Atau nama sebenarnya, Qarl Adam Bin Ahmad Darwin.Tujuh belas tahun juga.Tinggi, tegap.Kalau sekali imbas,Wajah ala-ala Aaron Aziz.Yang comelnya,mulut dia yang macam kucing.Muka  'budak baik’ biasalah kan? Qarl Adam belajar Di Bandaraya besar,Kuala Lumpur.Papa dia dari Scotland, dah 20 tahun menetap di Malaysia selepas kahwin dengan Bondanya. 

“Qarl, yang kau tenung Qalish tu dah kenape?Jangan main-main,Anak dara orang ni tahu?Aku yang kena jawab dengan parents dia nanti.” Karin sengaja bersuara memecahkan suasana sepi antara mereka.Tujuan utama untuk menyiapkan kerja kursus sudah tergendala.

“Mana ada.Nama dia Kalis?Kalis, kita pernah jumpa kan?Yang berlanggar tadi tu.Awakkan?”Sambil garu kepala.Qarl cuba mengigati drama berlanggar sebabak tadi.

Karin yang mendengar panggilan Qarl kepada Qalisha sudah terburai ketawa.Kalis?Ingat kalis air apa?

“Choii.Nama dia, Qalisha.Qalish.Bukan Kalis lah.Telinga berapa tahun kau tak bersihkan haa?”Kepala Qarl disikunya.

Qalisha dari awal sudah jadi batu bersurat.Diam membisu.Mulut dah macam terkunci rapat.Muka?Merah menyala menahan malu.Malu sebab drama depan Wulan Shopping centre antara dia, dan Qarl.Budak campuran yang sudah duduk bersebelahannya.Ibaratnya,Qalisha menjadi main topic perbualan antara Qarl dan Karin.

“Maaf sekali lagi, Er Qalisha.Saya tak sengaja tadi.Maaf ya?” Bila melihat Qalisha diam membisu, Qarl cuba mengubah topik perbualan.

“Ah?er,No.no it’s okay.Saya pun salah. Sorry juga sebab saya tinggalkan awak macam tu je tadi.Awak okay kan?” Gugup.Malu.Semuanya jadi satu.Ingatkan, kisah perlanggaran yang buat semua orang memandang ke arah mereka tadi berakhir macam tu je.Rupanya, mereka berjumpa lagi.Dan mungkin, selepas ini akan ada perjumpaan yang lain.Oh, Ini takdir atau kebetulan? 

“Fine.Kenapa macam aku je yang ketinggalan ni?Korang pernah jumpa eh?Oh dah ada bunga-bunga bertaburan kah ini?Hihi.”

Bila melihat kedua-dua manusia di hadapannya diam membisu, Karin bersuara lagi.Mungkin mereka berdua ni malu-malu kut?

“Okay.Look.Joke je okay.Korang berdua ni serious sangatlah.Sorrylah ya?So, apa cerita ni?Qalish?”
Mata di halakan ke arah Qalisha.Namun bila melihat Qalisha hanya buat muka tidak berperasaan,Mata dihalakan pula ke arah Qarl.

“Actually, tadi masa nak ke sini,Aku dengan Qalisha berlanggar.Habis semua barang Qalisha jatuh.And,I think this is yours Qalisha.”

Buku dengan balutan sampul biru dan ikatan reben biru muda diatasnya dikeluarkan dari bag plastic yang diletakkan di sisi meja.Buku itu dihulurkan kepada Qalisha.Buku bertukar tangan.Qalisha masih berwajah beku.Tanpa senyuman.Tanpa ketawa.Namun,Karin tahu.Qalisha sedaya upaya menyembunyikan kegugupannya.Itu Qalisha.Dan masih Qalisha yang sama seperti pertama kali mereka bertemu dan berkawan.

Perbincangan yang terbantut gara-gara drama sebabak ‘mari berkenalan’ tadi diteruskan.Dengan bantuan Qarl Adam, kerja kursus tersebut akhirnya siap selepas dua jam.Senyuman puas tergambar di wajah masing-masing.Lega.Kerja yang paling melemahkan iman mereka sudah habis akhirnya.Jadi, sekarang boleh focus untuk Peperiksaan percubaan SPM yang bakal berlangsung.Tinggal dua bulan sahaja lagi untuk memenuhkan otak kiri dan kanan dengan segala macam perkara.Dan saat itu,Qalisha dan Karin berharap kalau waktu boleh diberhentikan.Tidak lupa juga dengan Qarl ya!

[Aily]

3 comments:

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.