Friday 1 July 2011

K.A.T.A hati [1]





Aku tak tahu kenapa hati ni berdegil nak juga ingatkan dia.Ingat waktu yang terlalu singkat.Waktu yang aku tak sempat nak nikmati.Waktu  yang berjalan tinggalkan memori.Waktu yang aku akan cakap, I always appreciate it.Even you don’t know.Waktu yang sampai kini, masih berjalan mengelilingi diri.Waktu aku belajar mengenal diri.Waktu mengajar aku,tentang mengenal manusia.Sekeliling.Jujur, aku tak tahu.


Kalau dahulu, manusia yang seorang ini, aku tak pernah kenal, apatah lagi tahu nama dan bertukar kata.Pertama kali pandang mata,dalam kelas yang sama, aku tahu, dia antara orang yang hot.Yang ramai secret admire.Yang ramai tergila-gila.And I don’t even want to know him.Biasalahkan.Lelaki yang pendiam-tak banyak cakap, biasanya jadi perhatian.Like he’s too perfect.Orang sibuk bercerita yang dia ni, Suara sedap,Azan sedap,Pandai,Agama pandai,Muka pun ala-ala comel-baik,Siapa je yang taknak?


Dan oleh kerana itu, aku pandang dia sebelah mata.Aku tak mahu jadi salah satu kipas-susah-mati ataupun admire dia.Lagipun, hidup aku pun dah terlalu penuh dengan mainan jiwa yang menggila.Yang rasanya pahit kelat.Nak tambah satu lagi masalah buat apa?Gila namanya.Nak tinggal pilih masuk Tanjung Rambutan atau Rumah Sakit Jiwa Sri Setia?


Orang selalu cakap,Tak kenal-maka-tak jatuh hati,maka tak suka, dan selama ini, pepatah macam ni sesedap rasa je masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.Tak kekal pun dalam kepala.Sebabnya, tak ada tujuan pun nak kekal.Sebab, hati aku bukan mudah nak suka pada orang.Lagi-lagi yang berlainan jantina.Sebabnya, aku biasa kawan dengan lelaki dari umur  lima tahun,aku bukan seorang manusia yang girlish yang suka ke-pink-an, yang suka keperempuanan,even orang nampak aku dressing macam perempuan kadang-kadang,tapi, aku punya hati memang  jangan kacau.Ada tanda “dilarang masuk” untuk bermain dengan hati aku.walaupun cuit,aku akan bagi flying kick-tambah perisa oren.


Kepala aku selalu cakap, yang lelaki ni typical.Mulut manis tahap nak kena diabetes.Tapi, semua kata manis tu macam air je.Rasa macam gula-gula.Lama-lama larut dalam mulut.Lelaki jugak pada aku, love to flirting around.Mulut berkata baik dengan most of the girl.Konon nak cari yang terbaik.Konon nak jadi bahan cerita.Dan lelaki macam tu, buat aku loya.Sungguh, LOYA.Perasaan yang sama bila aku nampak warna pink sepuluh tahun dulu.Aku akan muntah.M.U.N.T.A.H. tahu?


Tanpa semena-mena,satu hari, tiba-tiba dia bersuara dekat depan aku.Dalam hati,mamat ni,nak flirting around pun, tengok orang la.Aku tak makan kata manis ni bro.Aku muntah kat kau nak?  Manusia ni, tanya buku yang aku pegang-baca.Nak dikatakan, ini pertama kali aku bercakap dengan manusia ni, lepas tiga-empat minggu mula kelas.Kan aku kata, dia pendiam.Kan? Buku tu memang melankolik.Tapi, apa nak kisah?Aku yang baca kan?.Mula-mula rasa peliklahkan.Kenapa lelaki ni, bercakap dengan aku macam muka bahagia gila.Aku?Senyum ikut syarat, tunjukkan buku,tanpa suara.Bukan maksud sombong,aku cuma tak mahu masuk ke alam lovey-dovey ni.Nanti sakit sendiri.Buat apa?


Rupa-rupanya, orang sekeliling cakap,dia suka baca novel.Mula-mula terkejut macam nampak arnab makan ayam goreng.Dalam kepala asyik ketawa sebab fikir, dia tu lelaki berjiwa lembut apa,baca novel?Sebab, dalam pemahaman aku, lelaki biasanya suka komik,game-etc.Lama-lama, bila otak dah cerna,ketawa hilang.Otak mula fikir yang,hidup dia mungkin lain dari orang lain.Hidup dia bukan macam lelaki lain yang mulut manis tanpa isi.Mungkin,dia, lelaki yang pandai berkata.Sebab? dia novelholic.Faham tak? Novel biasanya untuk perempuan.Dan bila lelaki baca novel, dia tahu hati perempuan.Konklusinya, itu bahaya.Bahaya sebab dia akan act macam watak dalam novel yang Awesome.Yang serba-serbi baik.Macam Seth Tan dalam Nora Elena.Semua pun nak jatuh hati kan?

Dan sebab tu, aku mula jauhkan diri dari dia.Baik selamatkan diri dari terkena tempias kan? Satu persatu perempuan yang aku dengar ber-gossip dengan dia.Tentang dia.Ada dengar yang dia tak layan pun perempuan tu semua kan.Tapi, disebabkan aku tak pernah kenal dia pun, buat apa nak ambil kisah hal macam tu kan? Sorry, I’m not the gossiperss girl.Yang suka cakap,Eh dia handsome.Eh, dia comel.Eh,dia baik.Eh, abang tu perfectt nak matiii.No, I’m not.Aku jenis orang yang tak mudah nak kata manis-suwwet macam tu.


But, when I said something, I mean it.Aku akan puji orang yang layak dipuji.Aku tak layan lelaki-lelaki korea yang selalu buat awek-awek Malaysia ni terjerit-jerit.Aku tak layan orang yang banyak mulut, yang suka harmless flirt.Itu the other side of me yang tak ramai orang tahu.



No comments:

Post a Comment

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.