Friday 1 July 2011

K.A.T.A hati [2]



Tapi, oleh kerana untuk satu tahun itu aku dan dia dalam satu kelas yang sama, Nak atau tidak, kena juga bercakap-tukar-cerita konon dengan dia.Kena mengamalkan sikap bekerjasama.Kena menyahut seruan bantu-membantu-bermanis-muka yang dibuat oleh kerajaan.Ceitt.Oleh kerana nak ikut syarat, segalanya formalism.Kesimpulannya, aku perlu bersuara dengan dia. Perlu pandang muka dia tiap-tiap hari.Nasiblah muka ala-ala handsomelah juga.Eh?


Nak cerita lebih panjang dan lebar, kerja berkumpulan, aku biasanya harus menoleh ke belakang.Tepat ke arah,  dia.Dan..setiap kali aku pandang ke belakang, dan setiap discussion, biasalahkan, buat kerja serious tapi nak feel-cool kena senyum dan bergelak ketawa.Aku dengan kaum sejenis, kalau nak ketawa,Boleh je. cakap Iloveyou, hari-hari pun aku buat.Itu tanda sayang..Lah?

And most of the time, dia akan pandang ke arah aku, dan tersenyum ala-ala nak menyorok senyum.Macam mana?Cuba hang senyum sekerat mulut.Macam tu yang dia buat.Lama-lama aku fikirkan, dia ni pelik.Kenapa suka senyum kat aku dalam diam? agaknya, bila aku ketawa tu, muka ala-ala Badut sarkas tak?Yang pakai gincu colour merah, buat bibir tebal gaya senyum tu.Ke, Aku pakai bedak Johnson baby tu tebal macam Raja Kapoorrr? Bila pergi tandas, tenung muka dalam pantulan cermin, Okay ja.Muka masih ke-manusiaan.Ada satu hidung,Dua mata, satu mulut.Hang nak apa lagi?

Aiseh.Lama-lama, masuk tiga sampai empat bulan, aku dah tak layan dah.Apa aku kisah dia nak senyum ka,Ketawa ka,Tenung ka, aku bukan anak raja-dewa-dewi kut nak larang dia.Yang penting, aku tahu.Aku punya rupa, masih manusia. bukan jadi beruk ada ekor macam teori si Darwin tu.Yang kata manusia asalnya, dari beruk.Asalnya, dari ikan yang boleh berjalan atas darat.Ceit.Kurang ajar kau Darwin.Samakan aku dengan binatang.Kalau gitu, kau pun beruklah Encik Darwinn.Emosi dengan Si Darwin ni kenapa?

Dalam tiga sampai empat bulan, aku mula kenal dia siapa.Nama-watak-semua.Dia yang selama ni aku tak pernah tahu walaupun belajar di tempat yang sama.Macam dia tak pernah wujud dalam cerita hidup aku yang sometimes boleh buat kepala jadi gila.Dan tiba-tiba dia datang,bawa daulat nak masuk dalam kehidupan aku.Ceit.

Masalahnya, dia memang pun macam watak-watak dalam novel.Manusia tak sempurna.Tapi, dia macam sempurna.Nak tahu kenapa? Dengan manja dan muka dibuat riak ala-kucing-parsi-Nak-makan, aku beritahu.


***

No comments:

Post a Comment

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.