Saturday, 2 July 2011

K.A.T.A hati [3]



*rolling eyes.Tetiba*

Pertama, dalam setengah bulan, ada satu hari, aku jatuh.Kaki tak berfungsi dengan betul.Mungkin blood vessel yang berselirat dalam badan dah tak betul susunannya.Siap buat X-ray, sebab aku tak boleh jalan.Jalan macam siput dalam cerita spongebob.Si Garry.Lembap.Selama sebulan, aku yang selama ni jalan laju-gagah, Tiba-tiba jadi ayu-lembut.Naik tangga untuk ke lab, memang jenuh.Hari pertama ke kelas,lepas bercuti dua-tiga hari, aku masuk kelas dengan ayunya.A.Y.U.Berbual masalah dengan besties macam biasa,Senyum macam biasa.Ketawa macam biasa,Buat tak endah pun, macam biasa.
Pertama, dia,dengan muka tak beriak macam cool,tanya.


“Kaki kenapa?”

Makanya, aku pun jawab dengan muka cool.Ingat kau sorang je boleh cool, ha?


“Ayu kan jalan?Haha.”

Nampak sangat sengaja tak menjawab soalan.Aku malas nak bercerita sebenarnya.Tak rasa nak bercerita dengan dia.Naik lab, kena guna tangga.Guna tangga, maknanya,kena berjenuhan.Maknanya aku kena berayu-ayu-an.Tak sangka dengan terkejut macam apa,Dia sengaja melambatkan jalan.Dengan tak kata apa, naik lab, jadi bodyguard kehormat tak bergaji.Rasa berdaulat.Senyum dalam hati.Eh, dia ni.nanti peminat nampak, mati aku kena cekik.Tak berkata.Jalan dengan asyik nak terjatuh.Kalau terjatuh, mungkin senang, ada orang sambut kat belakang.Ececeh.Nasib tak jatuh.Nanti, dengan orang kat belakang sekali pakat jalan dengan ayu selama sebulan.

Sampai lab, Jawapan yang dia cari dari aku, yang aku tak beri, which is soalan yang dia tanya, dia pakat tanya dengan besties aku, Bel.

“Al tu kenapa?Kaki dia?”

“Ehem.Dia jatuh.”

Jawapan dah dapat.Dan dia pergi.
...

“Kenapa dia macam caring kat kau lebih ni?Aku jeles ni.Haha”

“Mana ada..Kau ni.”

“Betullah.Dia caring.Siap tanya aku lagi kenapa dengan kaki kau.Awww.”

“Mengadalah tu.Aku tak mau gossip okay.”

Selama sebulan juga,lebih-kurang, dia jadi bodyguard kehormat aku dari jauh.Batas kena jaga, nanti aku bagi tangan, baru tahu.Kaki tak berfungsi, tangan masih keras.Ahaa.Nampak watak macam Seth Tan kah?
Ya.Watak dia macam su-weet kan.Tapi, pada aku, muka macam nak kena goreng je hari-hari bila ada orang cakap,

“Hoi.Kau bawak bodyguard eh naik lab.”

“Hang nak kena tangan kah?”

Okay.kat sini, dia jadi Abang baik yang perhatian.Perhatian tanpa suara.Aku belajar kenal dia dengan setiap bantuan dan perhatian.Ececeh.Setengah bulan, aku mula rasa yang dia lain dari lelaki-lelaki keparat mulut manis.Dia bukan penyumbang diabetes.Sebab, dia buat banyak perkara untuk aku  tanpa kata apa-apa.Without words, with an action.Aku mula kenal maksud Action shows more than words.It’s Awesome.Serious.Aku mula rasa dia awesome.Tak.Belum jatuh hati.

Pada masa ni, dia dekat mata aku, sorang lelaki comel yang perhatian dan baik with action.without words.Tapi, tak tahu kenapa, aku tak mampu nak cakap terima kasih.Kelu.Dia pakai ubat pelali ke apa ni?Eh, terlebih puji  eh?

Ada satu perkara lagi buat dia macam watak novel yang awesome.Satu hari dengan kaki berbalut, aku masuk kelas.Semua dah get ready nak mula.Masuk dari pintu besar, aku nampak dia.Tinggal satu lagi kerusi dekat belakang dia, yang kosong.Tapi, ada satu beg yang maha besar,tak tahu siapa punya betul-betul atas meja dekat kerusi tu.Which is, kalau aku angkat sendiri lepas duduk kat kerusi tu pun takpa.Yang sakit, kaki, kan.Tangan aku masih gagah.Tapi, dia boleh bangun dari kerusi depan, angkat beg atas meja,letak tepi.

Mula-mula terkedu.Aiseh.kenapa hang baik sangat nii?Nak jadi malaikat sangat ni kenapa haa?
Waktu tu, muka dah berubah.dah macam watak-jujur-gila.Senyum.Mulut yang kelu, aku paksa untuk  cakap
Terima kasih.Senyum.Jujur, rasa dia mula awesome.

*Rolling eyes.Again,No offence.Okay?*

**************



No comments:

Post a Comment

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.