Friday 8 July 2011

K.A.T.A hati [4]




"Realize that I am smiling.RD"

Waktu mula berjalan.Aku bukan menuntut dia untuk selalu ada.Malah, aku tak sedar pun hati ni mula suka pada setiap yang dia buat.Walaupun tanpa perkataan.Walaupun cuma mata yang katakan, biar waktu yang jalani semuanya.Waktu yang, aku katakan, sampai sekarang, masih berjalan.Masih menuntut aku untuk berterus terang.Tapi, bila berdepan, lidah macam kelu-nak-mati.


Ada yang tanya, Kau suka dia? Apa yang aku boleh jawab saat tu, cuma perkataan ‘entah’.Sebab? Aku tak tahu.


Ada sekali, Soal kucing.Ya.aku hidup dari umur setahun-jagung, mula jinakkan diri dengan kucing.Tak tahu kenapa, ramai perempuan yang takut dengan kucing.Satu hari, Kucing datang dalam kelompok kami.Takda seorang pun yang berani nak dekat dengan kucing-innocent  tu.Aku dengan muka tak bersalah, Mencapai kucing, dan lepaskan antara kami.Kenapa?Sebab, semua perempuan yang ada, pakat nak takut dengan kucing.Tiba-tiba, ternampak muka-innocent dia juga, tersenyum.Aku? Ketawa.Haha.


Sampai akhir tahun, ada perkara yang buat aku menangis sampai tak-lalu-makan.Rasa macam makanan tu, letak depan mata, macam bayangan yang ada dalam mimpi.Tak sentuh.Teruk.Muka dah pucat macam apa.Bayangkan, kalau hang tiga hari tak makan.Minum, ala kadar.Dehydrate.


Kebetulan, hari tu, ada jamuan makan.Dengan muka-tak-bersalah, dia potongkan kek-pizza-coklat.Letak dalam pinggan.Suara?


“Bel.Bagi dia makan.”


“Eh.Dia bagi ni.Kau tak makan, aku suruh dia suap.Kau nak aku suap ke, dia suap?”


Serba-salah.Mungkin tak ramai yang perasan.Setiap yang dia cuba buat.Yang aku tak sedar buat hati rasa ke-awesome-an dia melebihi.Kelat-kelat muka, kek dipotong, dan makan.


“Tak ke rasa dia macam caring gila dengan kau?Perempuan lain pun dia tak layan tauu.”


“Entahla.Aku pun pelik dia ni dah kenapa. “


“Aku rasa, dia memang betul pun suka kat kau.”


“Speechless”


And, know what? Aku tak sempat nak cakap apa-apa.Semua berlalu macam tu ja.Semua macam flow of water.Sebab, untuk cuti panjang kali tu, dia hilang.Yang muncul, watak seorang kawan baik yang ala-ala bestfriend-forever.Pakcik yang dah setahun hilang, tiba-tiba datang dan perhatian sungguh dengan sakit pening aku.Ni, tetiba ada orang lain pun nak caring-caring sama ni kenapaa?


****
Bila masuk tahun baru, Kelas mula semula.Dan tahun baru ni, kelas dah tak sama.Tapi, masih menjalani rutin yang sama.Cuma sedikit sibuk.Hari-hari , perkara wajib, sama-ada terjumpa atau memang kena jumpa antara satu sama lain.Dia? As usual, cool dan tak beriak.Aku? Dengan muka beku tak berperasaan.Tanpa senyum.Tak tahu kenapa.Tapi, jantung dah macam nak masuk ICU.Dah macam kena tukar jantung baru.
Dalam tahun baru ni, aku masih tak tahu kenapa, aku rasa biasa-biasa ja dengan dia, tapi, bila pejam mata, aku tak tahu kenapa, aku nampak muka dia tersenyum.Wth.Kenapa?


Satu hari,Pagi.


Kawan baik aku ni, bilang yang beliau suka dengan Mr awesome itu.Muka aku berubah kelat.Tapi aku tahu, yang beliau tidak pernah bermaksud.Suka nak usik aku.Ahaa.


Aku diam.Jujur, sampai waktu tu, aku tahu, aku.sudah.suka.dia.


Konon tak mahu jadi salah satu admires dia.Konon.Entah.Aku bukan admires yang tak kenal hati budi dia.Cuma, aku kenal dia sebagai seorang abang baik yang comel.Rasa kelakar.Haha. Tapi, itu yang aku dapat describe dia.Okay.Geli.


Dalam tahun yang sibuk ini, ada seorang perempuan yang suka pada dia.Yang selalu ada dekat  dengan dia.Yang  selalu seperti sengaja berdiri sebelah aku, dan sebut katakan gilakan dia.Muka aku tak beriak, Tak bermaksud aku tak berhati.Aku mula rasa, aku yang bersalah, kalau betul, perempuan yang betul-betul suka pada dia tu, berterus-terang.Sebab?Aku sendiri tak berani nak berterus terang.Jujur, aku tak pernah ada kekuatan tu.


Bila mana cerita tu reda, entah kenapa, hati lega.


Satu hari, aku terbabit dalam menyiapkan kerja-kerja persatuan.Tak tahu, dia pun bertanggungjawab siapkan tugas tu.Tugas menyiapkan banner.


“Eh, janganlah tenguk.Tak lawa.Hodoh.Tangan kayu buat memang macam ni.”


Senyum.


“Mana ada.Tengok kita orang punya.Lagilah.Main buat je.Ahaa”


Berdiri di sebelah, buat diri rasa kerdil.Bercakap didepan buat diri rasa, awatnya,aku rendah sangat ni?

No comments:

Post a Comment

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.