Friday 8 July 2011

Oreo Cheese with AI 8


Telefon berbunyi.Boneca-Tunjukkan aku, dah berlagu minta diangkat.

musik dari jiwa
lagu dari hati
cerita sepurnama
canda dan menangis

Tangan yang leka mencoret lakaran rajah aerofoil di helaian kertas terhenti.Mata dihala ke arah telefon di tepi bantal.Haiish, orang tengah feel ni, kacau je.

Telefon dicapai.Malas.Nama si pemanggil tertera di skrin.Amir?Apalah ustaz ni mahu?Tazkirah?

Bukan apa, lelah dah Qalisha mendengar tazkirah Amir yang hampir setiap hari cuti.Tahulahkan, dia tu selalu jadi pendebat dalam acara agama, macamlah diri sendiri ni, tak belajar.Kacau betul orang tengah feel buat kerja!

belum ku selami
jatuh dan terjadi
lelah dipukul badai
apa mungkin terlerai

Telefon yang berbunyi sengaja dibiarkan.Kenal dengan Amir dari sekolah rendah, cukup buat Qalisha kenal, siapa dia.Amir Asri.Suka beri tazkirah pada orang, tanpa sedar diri sendiri pun bukannya betul.Bosan.

Kepala mulai memainkan drama siang tadi.Perancangan untuk belajar sendirian di pondok Taman Permainan, bertukar kepada sesi pembelajaran bersama Adam.Adam?Suka betul panggil Qarl Adam tu, Adam.Qarl tu, bunyi macam western sangat.Tahulah melayu celupkan.Adam just sweet like his act.Ahaa..Qalisha, sejak bila pandai puji-puji orang ni?

Senyum.Dalam diam, Qalisha mengaku, hati dah mula boleh berkawan dengan Adam.Jatuh hati? Tak kut.Cuma, suka.Suka dengan watak Adam yang cool tapi takdelah mulut manis macam Bruno Mars.

soalan tersendu
balas hampa bisu
tuhan tunjuk sesuatu
apa dia yang satu itu

Adoiiai.Bunyi lagi.Amir ni, Hampehlah!

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam my sweetiest ever adik.Haha.Kenapa jawab malas je ni?”

Erk,Suara perempuan?

Skrin telefon bimbit ditenung.Karinn

“Karinnnn”

“Hellooo, aku tak pekak lagi.Telinga aku tak pakai hearing aid lagi la.Kau nak jerit-jerit tu dah kenapa?Gila bayang dengan Qarl eh?”

“Apalah gila bayang.Mana ada.Amir ni tadi, call, malas nak jawab.Sibuk je orang tengah feel nak study dia kacau.”

“Kau blacklist je nombor dia.Habis cerita.Haha.Aku tak sanggup ada orang nak kacau girlfriend sepupu aku ni.”

“Bila masa aku jadi hang punya sepupu punya girlfriend haa?”

“Macam aku tak tau.Tadi kau date dengan dia kan?Eceehh.”

“Ceit.Mana ada.Dia yang datang dekat port aku.Kacau aku nak belajar.Tapikan, dia tu pandai gila.Aku tunjuk soalan Addmath, semua dia jawab.Macam cecah biskut coklat dalam susu.”

“Ecehh.Jatuh hatii tak ngaku.Aku tahulah, orang di sana tu tengah berangankan Encik Qarl Adam dirumah ni kan?Ahaa”

“Dahlah.Berbalas dengan bakal lawyer ni, lama-lama kita kat sini yang tak siuman.Kau telefon ni, bawa daulat nak apa?”

“Esok, hari last Qarl kat sini.Nak balik KL dah.Ada makan malam sikit.Nak jemput kau.Dress lawa sikit eh?”

“Aku tak cakap nak pergi pun?Ahaa.”

“Kau nak atau tak, aku paksa kau pergi juga.Tak kira.Haha.”
“Ni kuasa veto mak tiri bawang putih Kakak Karina dah keluar.haha.Okeylah.Aku pergi.Ya sayang?”

“Aww.Ni yang nak peluk-cium ni.Esok, Adam sayang you jemput tau.Babai!”

Telefon di ruang sana diletakkan.Karin.Kenapa buat aku rasa serba-salah?

Kalau boleh, aku tak mahu jumpa Adam buat kali terakhir.Aku, memanglah gagah diluar, Tapi, kat dalam hati ni..

tunjukkan aku
tunjukkan aku

apa bisa kucinta
kamu sepertimana
aku dicinta kamu
aku dijaga kamu
atau kamu terlalu
indah buat diriku

beda dari diriku
aku pun tak menahu
soalan tersendu
balas hampa bisu
tuhan tunjuk sesuatu
apa dia yang Satu itu

Aku tak jatuh hati dengan Adam.Tapi, kenapa tiba-tiba sedih bila tahu yang dia nak balik sana?Kenapa rasa macam tak mahu pun Adam balik?Kenapa tiba-tiba rasa growth hormone tahap tinggi melebih?Kepala macam dah terlebih banyak chemical.Aiseh.Qarl Adam, boleh aku cakap aku benci kau?Sekarang?

Memang betullah Chemical reaction dalam kepala kau dah tak betul Qalisha.Memang betullah terlebih growth hormone.Adoiai.Sejak bila masuk frasa lovey-dovey semua nii.

********************


Aily - Adoiiai.Sibuk mengalahkan Perdana Menteri.Eh, ada kah orang baca nii?

No comments:

Post a Comment

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.