Thursday 16 June 2011

Oreo Cheese with AI 3




Suasana bilik yang kelam membawa Karin kepada masa lalu.Kalau dahulu Qarl Adam dan dia tak pernah berinteraksi antara satu sama lain.Apatah lagi nak bertukar cerita,menangis ketawa sama-sama.Pokoknya, memang kontra lah kalau nak bezakan masa lalu dan masa sekarang antara dia dan Qarl.

Kalau dulu, Qarl dengan Karin macam stranger yang berjumpa kat tengah jalan.Cuma berani cakap Hi-hi-bye-bye .Cuma selepas bonda Qarl meninggal,Qarl mula dekat dengan Karin.Mungkin nak hilangkan rasa sunyi yang membawa kepada rindu pada arwah Bonda.Sebab tu sekarang,Setiap kali cuti semester, Qarl akan turun Johor, dan tinggal di rumah Karin.Bosan katanya.

“Ehem.Makcik oi!” ketukan tangan seseorang buat Karin terkejut.Kalau ada heart attack, malam ni juga ada kenduri doa selamat lah kan.

“Oh mak kau! Qarl! Aku tumbuk  nak?” Dah tahap kaki rasa nak bagi flying kick dah ni.Huish.

“Aku tak kisah, sebab, kalau kau bezakan penumbuk kau tu, dengan tangan aku, aku rasa kalau kau tumbuk aku lima puluh enam kali pun, takkan rasa apa.Tangan kau juga yang sakit nanti.”

“Kau nak apa datang dekat bilik aku ni?”

“Jom.”Tangan Karin dicapai.

“Hoi! Sakitlah.Apasal pulak kau tarik tangan aku ni?”

“Aku nak story-morry sikit dengan kau.Nanti, duduk dekat bilik kau, bibik tu ingat aku nak buat apa-apa kta kau pulak.Dahlah bibik tu otak di lain macham sikit.Mana punya bibiklah yang kau curi ha?”

“Dah lah.Kalau kau nak cakap fasal bibik je,baik aku pergi tidur.Ni, mana punya kamus bahasa kau curi jadi story-morry  ni?Kamus Langkasuka ka?Kahkah.”

“Aku nak tanya ni..” Diam.Qarl berdiri di depan kolam ikan sambil mata ditala ke  arah langit.Serius.

“Tanya pasai apa?Hang nak menikahkaa?Hang jangan buat pasai Qarl Adam oii.SPM dulu naa.Haha”Karin ketawa.Dah dapat agak apa yang nak ditanya Qarl.Qarl Adam.Bukan dia baru kenal semalam budak ni, Dah bertahun.Kalau Qarl ni pusing sikit ayat,Tak susah pun nak tahu apa yang ada dalam hati dia.

“Kau dengan bibik sama je rupanya kan?Otak ke laut.Aku nak Tanya fasal er.Qalisha tadi.”

Malu.Tapi, kalau aku tak tanya sekarang, Sampai bila-bila pun dia takkan kenal si Qalisha tu.Dahlah lepas ni sibuk dengan test memanjang kan, Dah takda masa nak Tanya dengan minah kering ni.Kering,kering, Informer aku yang terbaik setakat ni, Karin lah kan.

“Aku dah agak lama dah Qarl..Cepat atau lambat je kau nak tanya fasal Qalish tu.Kau suka dia eh?”


4 comments:

  1. tidak!!!
    qalisha jgn ske kat qarl.
    haha...lambat2 skit!

    ReplyDelete
  2. bunga2 cinta mula berteraburan eh...hehehe.. :)

    ReplyDelete
  3. cik n haliban-jodoh pertemuan ajal maut di tangan tuhan.Kita tunggu yaa

    ReplyDelete
  4. nabilah_2908-Bunga-bunga cinta di roller coster mlekat-lekat.HIHI

    ReplyDelete

Thank you, May Allah shower you with HIS blesses.